Thursday, July 21, 2011

Malaikat Tidak Menghampiri Para Pengumpat.....

Semoga ini semua akan menjadi ikhtibar kepada kita semua...dan termasuk kawan-kawan semua...marilah kita sama-sama berjuang ke JALAN ALLAH SWT...ALLAHHUAKBAR!!!






Abu Hurairah ra. meriwayatkan, katanya Rasulullah SAW bersabda : " Tahukah kamu apakah ghibah?" Jawab sahabatnya, Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. Maka Nabi SAW pun menghuraikan bahawa ghibah itu jika engkau menyebut atau membicarakan hal keadaan saudaramu yang ia tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghibah padanya.



Sahabat bertanya kembali : "Bagaimana kalau saudaranya betul begitu?" Jawab Rasulullah SAW : "Jika yang engkau sebut itu betul dan benar ada padanya maka itulah ghibah, tetapi jika tidak betul maka buthan." (membuat-buat pendustaan bagi memburuk-burukkan nama orang).



Dalam pada itu Ibnu Abi Njih ra. pula berkata: "Ada seorang wanita pendek telah datang ke rumah Rasulullah SAW. Setelah orang itu meninggalkan rumah Rasulullah SAW maka Aisyah isteri Rasulullah SAW lalu berkata: "Alangkah pendeknya wanita itu." Rasulullah SAW segera meneur Aisyah dengan katanya: "Engkau ghibah." Aisyah segera menjawab: "Aku tidak menyebut melainkan yang sebenarnya ada padanya. Tegas Rasulullah SAW. "Engkau telah menyebut yang paling buruk padanya."



Nabi Isa as. ketika menafsirkan erti ghibah membuat pertanyaan kepada sahabat-sahabatnya katanya: "Jika kamu melihat seseorang yang sedang tidur terbuka auratnya, apakah kamu akan menutupnya?Jawab sahabat: "Ya".



Nabi Isa berkata: "Tidakkah bila ada orang menyebut kepadamu keburtukan seseorang lalu kamu tambah apa-apa yang tidak disebut oleh orang yang berbicara itu, bererti kamuyang lebih membuka auratnya"



Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebayakan sangka-sangka sebab sebahagian dari sangka-sangka itu dosa. Dan jangan menyelidiki kesalahan orang lain dan jangan ghibah setengah kamu kepada setengahnya. Apakah kamu suka memakan daging saudaramu yang telah mati? Tentu kamu jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah penerima taubat lagi Maha Penyayang." (Al-Hujarat: 12)



Diakhirat nanti dipadang Masyar selepas perbicaraan dan pertimbangan maka setiap orang akan menerima sesuatu amalan masing-masing maka terlihatlah padanya beberapa suratan kebajikan yang dia sendiri tidak pernah melakukannya, maka mereka pun mengadu kepada Allah SWT.



Kata merteka: "Wahai Tuhanku, dari manakah kebajikan-kebajikan ini kerana kau sendiri tidak pernah melakukannya. Jawab Allah, itu adalah dari orang-orang yang telah menghibah terhadapmu semasa di dunia."



Seksa di akhirat bagi orang yang berghibah telah digambarkan oleh Rasulullah SAW yang berbunyi: "Pada malam aku di Israkkan ke langit aku telah melihat suatu kaum yang memotong daging pinggangnya kemudian dimakannya sambil menyebut mengikut suara arahan, makanlah apa yang dahulu kamu makan dari daging saudaramu. Maka aku bertanya: "Ya Jibril siapakah mereka itu?" Jawab Jibril: "Mereka dari umatmu yang suka menghibah atau mengumpat."




Allah SWT memberitahu kepada Nabi Musa as. dengan amarann. "Barangsiapa meninggal dunia sedang dia sudah bertaubat dari ghibah, maka dia itulah orang yang terakhir masuk syurga dan barangsiapa yang meninggal dunia sedang dia terus mengumpat(ghibah) maka dia itulah yang pertama masuk ke neraka."



Al-Hassan Bin Abi ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Kifarah mengumpat ialah dengan meminta ampun dari orang yang engkau umpat."



Abu Hurairah ra. meriwyatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa selama dalam umurnya menghibah sekali sahaja maka Allah akan menyiksanya dengan sepuluh macam seksaan.



Pertama : Dia menjadi jauh dari rahmat Allah.

Kedua : Malaikat memutuskan persahabatan dengan dia (tidak mahu menghampirinya).
Ketiga : Dicabut rohnya dengan kesakitan yang amat sangat.
Keempat : Dia menjadi dekat dengan Neraka.
Kelima : Dia menjadi jauh dari Syurga.
Keenam : Sangat dasyat seksaan kubur terhadapnya.
Ketujuh : Amal baiknya dihapuskan.
Kelapan : Roh Nabi Muhammad SAW berasa sakit kerana dia.
Kesembilan : Allah murka terhadapnya.
Kesepuluh : Dia akan menjadi orang yang muflis ditimbang amal kebajikannya pada hari kiamat.



Seterusnya Rasulullah SAW memberi amaran kepada si pengumpat bahawa mereka akan diseksa di akhirat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malikra. katanya: "Barangsiapa mengumpat saudara sesama Islam, maka esok pada hari kiamat Allah akan memindahkan laluan qubulnya ke duburnya."



Ali Ibni Abi Thalib ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian dari ghibah kerana sesungguhnya di dalam ghibah itu ada tiga bencana iaitu doanya tidak dimakbulkan. Kebaikannya tidak diterima dan keaiban dirinya akan nampak bertambah-tambah. Ghibah sebenarnya boleh dihidu baunya seperti bau yang datang dari kilang getah kerana diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW bersiar-siar bersama-sama sahabatnya, tiba-tiba mereka terhidu bau bangkai yang busuk lalu baginda bertanya : "Tahukan kamu sekalian bau apakah ini?" Para sahabat menjawab, Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. Baginda menerangkan , ini adalah bau orang-orang yang mengumpat (ghibah) seseorang yang beriman."



Jika dibandingkan dengan masa ini maka timbullah persoalan, apakah hikmahnya bau ghibah dan kebusukannya boleh dihidu pada zaman Rasulullah SAW tetapi tidak di zaman sekarang? Ulama sependapat menghuraikan bahawa ghibah sudah menjadi kebiasaan pada zaman ini dan hidung-hidung manusia sudah dipenuhi dengan bau ghibah itu sendiri, maka bau busuk sudah tidak terhidu lagi."



Begitulah malangnya nasib si pengumpat ini, kerana mereka tidak dihampiri langsung oleh para malaikat rahmat, Bahkan di akhirat kelak akan diseksa dengan seksaan yang pedih. Sedangkan orang yang diumpat memperoleh kebajikan dan pahala dari hasil umpatan orang lain tersebut.



Wallahhualam....Nauzubillah.......



Semoga Allah dapat mengampunkan dosa kita dan orang yang kita umpat juga akan ampunkan kita walaupun sedikit sahaja kita berkata sesuatu yang buruk tentangnya, InsyaAllah...Amin...



No comments:

Post a Comment

This is Our Life, Our Journey & Our Love....


Tik Tok....