Thursday, December 11, 2014

Hidup Ini Satu Perjuangan...;)


Tuesday, November 11, 2014

Maafkanlah....


Wednesday, September 17, 2014

Arissa 4th Birthday....Love U....;)


Al-Fatihah buat Puteri Kesayangan kami..Nur Arissa Qaireena...hari ni..genap sudah usianya 4 tahun...dan 3 tahun 4 bulan & 3 hari...kembalinya ke Pangkuan Maha Pencipta....semoga dirimu sentiasa berbahagia dan gembira didalam Dakapan Allah....ibu, ayah & Kakak Hanie akan sentiasa merindui dan menyayangi dirimu sampai selamanya....inshaaAllah....Aminn....;) ♥ ♥ ♥

Tuesday, September 2, 2014

This is our Life...our Journey...and our Love.....♥ ♥ ♥



Disini Lahirnya sebuah Cinta....




Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan


( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki


Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini 

( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


Friday, August 22, 2014

Berkabung...for MH17..


Innalillahwainnaillahirojiuunn....Al-Fatihah untuk semua jenazah yang beragama Islam...semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh kalian...dan menempatkan kalian dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh....juga semoga Ahli keluarga mangsa tabah dan sabar menhadapi dugaan Allah SWT ini...
Sayu rasa hati....hanya Allah SWT sahaja yang lebih mengetahui....:'(


Tuesday, August 19, 2014

Our 10th Anniversary.....Miss U Arissa....;)

Alhamdulillah...Syukur padaMu Ya Allah....genap sudah 10 tahun kami di alam Perkahwinan....terima kasih Ya Allah kerana memberikan kami Jodoh yang panjang dan bahagia sehingga kini....terima kasih abg...di atas kasih sayang dan kebahagiaan yang diberi ' Sehingga Saat Ini...Sampai Selamanya'...semoga kita akan terus bahagia, dimurahkan rezeki dan berkekalan selamanya sehingga ke Jannah.....InshaaAllah....semoga dipermudahkan....Amminnn....' Happy 10th Anniversary to Us....'♥♥♥


Salam Aidilfitri....


Salam Syawal dari kami sekeluarga buat keluarga kami, semua sahabat serta kenalan walau dimana jua anda berada...Maaf Zahir & Batin.

Wednesday, July 2, 2014

Saat rindu menyapa....;)

Arissa kesayanganku....

Assalammualaikum sayang ibu...lama juga ibu menyepi...sibuk sikit la sayang..maaf yer....ibu tetap rindu Arissa sampai selamanya..ingat taw....14 Jun 2014..genap sudah 3 tahun 1 bulan Arissa pergi kepangkuan Allah SWT....dan 17 Jun 2014....genap sudah usia comel ibu ni 3 tahun 9 bulan....dan genap usia kakak Hanie 9 tahun....kakak Hanie sangat rindukan Arissa..selalu dia sebut-sebut tentang ' adik '...dan selalu juga tanya ibu..bila dia nak dapat 'adik'...huhu....

Memang dia rindu kat Arissa...tengok...apa yang dia boleh tulis dalam kertas peperiksaan dia baru-baru ni....sedih ibu membacanya...sayu hati....tapi sebab tu ayat yang dia boleh terfikirkan kot..sebab tu...itu la yang dia tulis...huhu...


Walau apa-apa pun....Kakak Hanie faham...'adik' dah ke Syurga Allah SWT...dia tahu akan dapat jumpa dengan Arissa disana nanti...inshaaAllah...amin....semoga sedikit pengetahuan yang dia ada tu...akan sedikit sebanyak..mendewasakan pemikirannya...amin...

Siapa kata ibu tak nak 'adik' untuk Kakak Hanie dan Arissa...nak sangat2...tapi kuasa Allah SWT tu melebihi segalanya...ibu dah berusaha...dan bermacam-macam ikhtiar..tapi belum rezeki ibu lagi...tapi inshaaAllah..ibu percaya...andai Allah dah tetapkan untuk ibu apa yang ibu ada sekarang ini...setakat ini sahaja..ibu bersyukur dan redha dengan apa yang telah diberi....tapi andai kata Allah mahu memberinya lagi...ibu terima dengan rasa syukur....amin...

Setakat ini dahulu coretan ibu untuk kali ini....jumpa nanti di lain entry....Rindu kamu...dan Saayyaaaannngggg kamu Arissa...sampai selamanya....semoga dirimu berbahagia disamping Sang Pencipta....al-Fatihah...Amin..;)



Thursday, June 5, 2014

 KETAM MELAYU vs KETAM CINA



Saya ingin berkongsi satu cerita kepada anda semua. Mungkin kita boleh ambil iktibar dari cerita ni. 

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar. :rolleyes:

Berilah pandangan anda..nanti saya beri pandangan saya  Tq...

Thursday, May 29, 2014

Rindu ini tak pernah surut Sayang....


Assalammualaikum sayang ibu.....ibu rindu Arissa taw.....maaf yer sayang...lama x updated entri terbaru...hampir 2 bln tinggal...sibuk sgt ibu ni kan....tp selama itu ibu tak pernah lupakan Arissa taw....hurmm....semakin hari..semakin bertambah syg & rindu ibu pada Arissa.....

Iyer sayang ibu.....14 Mei yang lalu....genap sudah 3 tahun Arissa berada dalam dakapan Allah SWT.....yer....3 tahun..perasaan ibu ni...seperti baru semalam Arissa ketawa mengekek bermain dengan kakak Hanie....kakak Hanie rindukan Arissa taw....

Sayang ibu....sampai bila-bila ibu takkan lupakan Arissa....semoga dirimu sentiasa berbahagia disisi Dia yang Maha Pengasih....lagi Maha Penyayang.....maaf yer sayang...gambar-gambar lama jer yang ibu ada....itu saja yang menjadi pengubat hati bila ibu rindukan dirimu sayang....

Al-Fatihah sayang....ibu rindu dan sayangkan Arissa selalu.....;)




Sayang ibu.....selamanya dirimu dihati ibu.....takkan ibu lupakan sampai bila-bila....

Friday, March 21, 2014

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga....inilah kehidupan...


Alhamdulillah di atas semua dugaan dari Mu Ya Allah SWT...sesungguhnya aku mengharapkan pengampunan dari Mu....berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi setiap ujian dariMu dengan tabah dan sabar....inshaaAllah...Amin....

Friday, February 28, 2014

End of February 2014...Miss U My Little Arissa...;)

Arissa 2 month...

Assalammualaikum sayang ibu Arissa....rindu sangat pada dirimu sayang....hurrmmm....hari ni dah 28 Februari 2014...dah akhir bulan Februari bagi tahun 2014....cepat sangat masa berlalu....tanpa di sedari...agak lewat juga update entry terbaru...macam-macam hal la kan..dugaan untuk ibu ni Arissa...tapi inshaaAllah...takde masalah yang takde jalan penyelesaiannya kan....Allah SWT sentiasa ada bersama bagi orang-orang yang sabar....amin...

14 Februari yang lalu...genap sudah 2 tahun 9 bulan Arissa pergi tinggalkan kami...ibu selalu rindukan dirimu sayang...tak pernah sikit pun luput dari ingatan ibu ni....wah...rindu nak tatap wajah Arissa yang comel tu depan-depan ibu ni...tapi x mengapa..akan ibu nantikan saat itu....inshaaAllah....

Dan...17 Februari yang lalu juga..genap 3 tahun 5 bulan usia comel ibu ni...besar dah sayang ibu...jangan nakal-nakal kat sana taw....tapi ibu tak risau..sebab Allah SWT pejaga yang terbaik untuk Arissa....semoga dirimu bahagia selalu disana..yer sayang.....

Al-fatihah buat sayang ibu....juga buat semua ahli keluarga, sahabat-sahabat dan muslimin-muslimat dialam sana....semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh kalian...dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh....inshaaAllah...amin....

Jumpa lagi di next entry...daaa...

Love U & Miss U ...always my little Arissa sayang....;)

Wednesday, January 29, 2014

Bergembiralah sahabatku..Di sebalik setiap musibah, pasti ada hikmahnya..


Hidup ini ibarat roda. Adakalanya kita gembira, dan adakalanya kita bersedih. Bila kesedihan melanda, hati mula terasa pedih, semangat mula terpadam sedikit demi sedikit. Tiada lagi keghairahan untuk melakukan kerja. Tiada lagi kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Tiada lagi senyuman yang terpancar di wajah. Semuanya tampak suram. Tiba-tiba dunia menjadi gelap. Sangat-sangat gelap untuk kita.

Jangan bersedih, sahabatku..

Setiap musibah itu datangnya daripada Allah swt. Hakikatnya, Allah swt tidak mendatangkan musibah itu kerana Dia zalim kepada kita. Akan tetapi, Allah swt berikan kita sesuatu musibah kerana Dia CINTAkan kita. Dikatakan bahawa, Allah swt kasih kepada seorang manusia, 70 kali ganda melebihi daripada kasihnya seorang ibu kepada anaknya. Seandainya benar Allah swt kasih dan sayang kepada kita, sudah tentu di sebalik setiap musibah, ada tersimpan satu hikmah. Tiada siapa yang mengetahuinya, melainkan Allah swt. Namun apa yang pasti, setiap hikmah itu sangat berkait rapat dengan dasar CINTA Nya terhadap kita.

Hikmah #1:  Allah swt sangat rindu pada kita. Dan Dia mahu kita lebih dekat denganNya.

Adakalanya kita ter”lemas” dengan urusan dunia. Kesibukan menyebabkan kita lalai daripada mengingatiNya. Solat kita penuh dengan dunia. Zikir kita penuh dengan dunia. Sedekah kita juga kerana dunia. Sehingga tiada saat, terdetik di dalam hati kita untuk mengingatiNya. Kalau ada pun, hanya sedikit sahaja..Sehingga boleh dibilang dengan jari jemari sahaja.

Kerana Allah swt sangat SAYANG pada kita, kerana Allah swt sangat CINTA kepada kita, maka Dia tidak sanggup melihat kita terus lemas di dalam dunia. Lantas, dengan kasih sayangNya, Dia terus menarik kita. Bukan untuk merosakkan kita, tetapi untuk menyelamatkan kita.

Salah satu caranya ialah, dengan memberikan kita musibah. Apabila ditimpa musibah, kebiasaannya, manusia akan mula mengingati Allah swt. Manusia akan cuba mencari peluang agar selalu dekat denganNya. Manusia akan mula menambahkan doanya. Manusia akan mula menambahkan amalnya. Solatnya tidak lagi leka..Zikirnya tidak lagi leka..Khusyu’ dan khudu’ mula menemani dalam setiap ibadahnya.
Nah!..Inilah yang Allah swt mahukan. Dia sangat rindu mendengar suara hambaNya. Kerana Dia sangat suka mendengar zikir hambaNya, Dia sangat suka mendengar bacaan Al Quran daripada hambaNya. Dia juga sangat suka apabila hambanya menadahkan tangan di dalam tahajudnya, meminta-minta, merintih, merayu, dan menangis di hadapanNya.

Hikmah #2: Allah swt ingin menghapuskan dosa-dosa kita.

Allah swt itu jauh sekali daripada sifat zalim. Allah swt tidak pernah akan menzalimi hamba-hamba yang dicintaiNya. Sedangkan, manusia lah yang menzalimi dirinya sendiri. Manusia menzalimi dirinya sendiri dengan mengingkari perintah-perintah Allah swt. Allah swt perintahkan solat, bukan kerana mahu membebankan manusia. Sedangkan Allah swt memerintahkan solat kerana CINTANya pada manusia. Allah swt perintahkan agar kita menutup aurat, juga kerana Dia cintakan kita. Allah swt perintahkan kita menjaga batas pergaulan lelaki dan wanita, juga kerana cintaNya pada kita.

Setiap syariat Allah swt itu adalah kerana cintaNya Dia pada kita. Apabila setiap syariat diikuti, ia akan membuahkan hasil dan manfaatnya untuk manusia. Apabila seorang wanita menjaga auratnya, maka dia tidak akan menjadi punca yang menaikkan nafsu berahi lelaki, dan dia juga akan terselamat daripada zina . Apabila seorang lelaki menundukkan pandangannya pada wanita dan wanita juga membuat perkara yang sama, maka tidak akan ada suami atau isteri yang curangkepada pasangannya.

Apabila manusia mula meninggalkan syariat, maka dia akan menzalimi dirinya sendiri dan orang lain. Adakalanya, kita tidak perasan akan perkara-perkara ini. Maka, Allah swt berikan kita sedikit musibah, agar kita kembali muhasabah diri dan membuat koreksi atas setiap kesilapan kita. Perbanyakkanlah taubat dan istighfar, agar Allah swt menjadikan musibah ini sebagai kaffarah kepada dosa-dosa kita. Harapan kita semoga, bila dosa-dosa ini sudah terampun sebelum kita mati, maka di akhirat nanti ia tidak akan disebut lagi di mahkamah ahkamul haakimin.

Hikmah #3: Allah swt ingin menambahkan pahala kita

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda:

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw ketika meriwayatkan satu hadis Qudsi telah bersabda; “Wahai anak Adam! Jika engkau terus bersabar (bilamana hilangnya sesuatu daripada dirimu) dan engkau harapkan pahala, maka Aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah daripada syurga.”(HR Ibnu Majah)

Kasihnya Allah swt kepada kita. Jika kita dapat bersabar dengan musibah yang diberikan olehnya, maka Allah swt akan mengganjari kita dengan SYURGA! MasyaAllah!!!

Pelajarilah sabar daripada kisah Nabi Ayyub a.s. Allah swt telah matikan anak-anaknya..tetapi baginda masih bersabar. Allah swt telah hancurkan harta bendanya..namun baginda masih bersabar. Allah swt telah uji dengan penyakit..tetapi baginda masih boleh bersabar. Allah swt uji dengan kejian dan cemuhan masyarakat, tetapi baginda masih bersabar. Dan akhir sekali, isteri yang dicintainya juga turut pergi meninggalkannya..tetapi baginda masih lagi bersabar.

Namun, kerana kesabaran baginda, selepas daripada semua musibah itu, Allah swt telah mengurniakannya harta yang melimpah ruah. Allah swt telah memberikan anak-anak yang ramai dan isteri yang solehah. Nabi Ayub a.s telah membuktikan CINTAnya kepada Allah swt. Dalam keadaan susah mahupun senang, baginda tetap setia dengan CINTAnya kepada Allah swt.


Jika hendak dibandingkan musibah yang Allah swt berikan kepada kita dengan musibah yang Allah berikan kepada Nabi Ayub a.s, apalah sangat musibah yang sedang kita alami. Seharusnya, musibah ini akan membuatkan kita lebih sedar akan CINTAnya Allah swt kepada kita dan kita sebagai hambaNya, lebih-lebih lagi wajib mencintaiNya.

Hikmah #4: Allah swt ingin meningkatkan iman kita kepadaNya

Iman itu adalah yakin. Yakin dengan sepenuh hati bahawa hanyalah Allah swt Tuhan yang layak disembah. Yakin dengan sepenuh hati bahawa hanya Allah swt tempat meminta pertolongan. Sebagaimana yang sering kita baca di dalam solat kita;
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah Al Fatihah: 5)

Seandainya kita benar-benar yakin dengan janji-janji pertolongan Allah swt, apabila ditimpa sebarang musibah, maka kita akan meningkatkan usaha untuk beramal dengan amalan-amalan yang ada janji-janji Allah.

Seperti dengan solat, Allah swt janjikan pertolongan (Al Baqarah:45). Orang yang bersolat tidak akan menjadi orang yang berdukacita (Al Baqarah:277). Dengan menjaga solat, Allah swt janjikan kemurahan rezeki (Taha:132). Dengan khusyu dalam solat, Allah janjikan kejayaan.(Al Mukminun:1-2)

Apabila ditimpa musibah, dekatkanlah diri dengan Allah swt sebanyak mungkin. Banyakkan istighfar. Usahakan agar solat dikerjakan dengan penuh khusyu’ dan khudu’. Banyakkan berzikir kerana dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang. Berzikirlah dengan penuh tawajuh dan sungguh-sungguh, nescaya Allah swt akan memberikan kekuatan kepada hati. Dan yang terakhir sekali, banyakkanlah berdoa. Terutamanya, pada waktu-waktu doa paling mustajab seperti di bahagian akhir malam. InsyaAllah, sedikit demi sedikit, Allah swt akan tunjukkan jalan keluar dan selesaikan masalah tersebut.

Apabila seorang mukmin mengaku bahawa dia beriman kepada Allah swt, maka pasti dan pasti imannya akan diuji. Dan apabila seorang mukmin BERJAYA melepasi ujian tersebut, maka Allah swt akan naikkan darjatnya. Imannya akan meningkat. Yakinnya pada janji-janji Allah swt akan meningkat. Justeru, amalnya juga akan turut meningkat. Dan Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang akan menzahirkan kenikmatannnya yang mencurah-curah. Allah swt akan berikan kepadanya nikmat ketenangan dan kebahagian yang lebih indah daripada kehidupan sebelum musibah tadi.

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Al Insyirah: 5-6)

MasyaAllah! Indahnya CINTA Allah swt…Kita makhluk yang sangat lemah, sangat tidak mengerti apakah hikmah di sebalik setiap musibah. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahuinya. Hakikatnya, Allah swt sentiasa menentukan apa yang TERBAIK buat kita kerana Dia sangat-sangat CINTA pada kita…

petikan dari web...http://anakkusoleh.com/?p=600


Ala...Terlewat pulak nak ucapkan...Selamat Datang Tahun 2014....

Ini mata budak comel...hee..;)

Assalammualaikum....hurmm...dah masuk tahun 2014...tahun baru dalam kalendar omputih ni x sama dgn kalendar Hijrah...kita umat Islam dah sambut tahun baru lagi awal dari tahun 2014 tu kan....well...tahun ni...bermakna makin bertambahla usia kita dan semakin kita menghampiri ke Alam lain...inshaaAllah..moga dipermudahkan segala urusan kita didunia dan diakhirat sana...aminn....

Dan..tak lupa saya....untuk si comel kesayangan saya dalam gambar tu....dah GENAP 2 TAHUN 8 BULAN ke hadrat Allah SWT pada 14 JANUARI....dan saat ini usianya pada 17 JANUARI yang lalu GENAP 3 TAHUN 4 BULAN....rindunya kat Arissa sayang ibu ni...sehingga saat ini...sampai selamanya...ibu masih lagi ke pusaramu sayang....selagi hayat masih ada....Al-Fatihah untuk dirimu.....ibu rindu taw....semoga dirimu berbahagia selalu disampingNya yang Maha Penyayang....;)

Dugaan diakhir tahun 2013 dan awal 2014 terlalu banyak..tak terhitung....Ya Allah...alhamdulillah...kerana Dia masih sayang..maka diberinya Ujian..supaya akan lebih tabah..inshaaAllah...tiada masalah yang tak dapat diselesaikan....cuma masa sahaja yang menentukan.....amin....


Apa lagi yer....hurmmm....terima kasih yer pada semua yang sudi singgah di blog saya...sesekali...klik la iklan-iklan kat tepi tu....terima kasih taw....terima kasih sangat2...tanpa korang yang membaca ni..siapala saya ni kan....ha'ah..saya taw..saya jarang update blog..sebab kat opis...baru dapat buat sekejap..tu pun tak lama la dapat buka...kat rumah internet slow amat....lagi slow dari kura-kura & siput taw....

Owh ye...baru-baru ni kami berpindah rumah...well...penat sangat..itula antara dugaan kami...subhanallah....ada hikmah juga sebenarnya kami berpindah kali ini...syukur sangat...Alhamdulillah...ok la semua...jumpa lagi next entry....Assalammualaikummm....;)

This is Our Life, Our Journey & Our Love....


Tik Tok....