Thursday, July 28, 2011

Doa untuk Arissa....

Ya Allah....sesungguhnya rindu aku terhadap Arissa adalah anugerah yang terindah dalam hidupku....dan pemberian Arissa kepadaku walaupun sekejap sahaja dariMu adalah Anugerah yang paling indah dalam hidupku dan akan kubawa perasaan ini sehingga aku akan dipertemukan semula dengannya....dan pertemuan itu akan menjadi yang paling manis untuk kami....Andai Tiba Saat Itu....Pasti Ku Nantikan....Ya Allah....sampaikanlah Salam Rindu dan Kasih Sayangku padanya....aku gembira Arissa telah menjadi Puteri untuk Dunia & Akhiratku.....temukanlah kami dengan izinMu...dan izinkanlah aku memeliharanya diSyurgaMu sebagaimana aku memelihara anak-anakku didunia ini....aku ingin melihat Arissa membesar dihadapan mataku.....insyaAllah...dengan izinMu Ya Allah......Amin....

Ya Allah.....setiap kali aku datang menziarahi pusara Arissa....aku rasakan ketenangan yang terlalu abadi dalam hidupku....ketenangan yang tidak dapat aku gambarkan....aku sangat-sangat rindukanMu....aku mahukan SyurgaMu Ya Allah...tetapi aku masih tidak layak....kerana bekalan aku belum cukup sepenuhnya lagi.....Ya Allah...berilah aku Hidayah dan PetunjukMu agar aku akan terus mencari keredhaanMu dan aku akan beroleh kemenangan didunia & diakhirat....Amin....

Ya Allah....doaku setiap hari untuk Arissa.....aku mahu dia bahagia disana...aku tak mahu dia menderita kerana tangisan aku....aku mahu dia gembira disana disamping diriMu Ya Allah.....aku tahu Arissa sedang bahagia yang tak terhingga disana.....walaupun aku masih dalam kesedihan kerana rindu yang teramat pada Arissa....tapi aku mampu tersenyum kerana aku tahu Arissa berada dimana...dan Arissa tiada dosa didunia ini....aku gembira...Arissa pergi terlalu mudah .....Allah SWT telah banyak mempermudahkan segalanya untuk Arissa....dari saat aku kandungkan Arissa...sehinggalah Arissa pergi meninggalkan kami....sangat mudah.....aku bahagia kerana dia telah menjadi Puteri Syurgaku yang pertama.....itulah kebahagiaan buat aku sekarang...aku tak perlu bimbangkan dia....dia tetap hidup dalam hatiku selama-lamanya....

Sayang ibu, Arissa....tiada yang terindah selain hadirnya dirimu dalam hidup kami....Kakak Hanie sangat gembira selepas kelahiranmu....ayah...dan seluruh keluarga....dalam kegembiraan....tetapi pemergianmu mengundang keperitan dalam hidup kami....walaupun pedih..kami redha dengan pemergianmu.....sayang....ibu tak sabar bertemu denganmu....lambatnya masa berlalu...tapi ibu masih sabar menanti saat itu sayang.....Ya Allah....tolong aku Ya Allah....kuatkanlah dan tabahkanlah......aku yang terkadang lemah....Amin.....

Ramadhan bakal menjelma....Ya Allah...tahun ini Ramadhan kami tanpa Arissa.....tahun lalu Arissa menyambutnya dalam rahim aku....sempat aku berpuasa selama 27 hari.....Ya Allah.....tabahkanlah kami sekeluarga Ya Allah......semoga Ramadhan ini akan menjadi yang terbaik buat kami dari tahun sebelumnya....Amin...

Arissa sayang...ibu rindukanmu....ibu sayangkanmu....sampai bila-bila.....jangan risau yer sayang....ibu takkan lupakan Arissa walau sedetik pun.....Rindu sangat.....Chomellll ibu......;)

Thursday, July 21, 2011

Malaikat Tidak Menghampiri Para Pengumpat.....

Semoga ini semua akan menjadi ikhtibar kepada kita semua...dan termasuk kawan-kawan semua...marilah kita sama-sama berjuang ke JALAN ALLAH SWT...ALLAHHUAKBAR!!!






Abu Hurairah ra. meriwayatkan, katanya Rasulullah SAW bersabda : " Tahukah kamu apakah ghibah?" Jawab sahabatnya, Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. Maka Nabi SAW pun menghuraikan bahawa ghibah itu jika engkau menyebut atau membicarakan hal keadaan saudaramu yang ia tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghibah padanya.



Sahabat bertanya kembali : "Bagaimana kalau saudaranya betul begitu?" Jawab Rasulullah SAW : "Jika yang engkau sebut itu betul dan benar ada padanya maka itulah ghibah, tetapi jika tidak betul maka buthan." (membuat-buat pendustaan bagi memburuk-burukkan nama orang).



Dalam pada itu Ibnu Abi Njih ra. pula berkata: "Ada seorang wanita pendek telah datang ke rumah Rasulullah SAW. Setelah orang itu meninggalkan rumah Rasulullah SAW maka Aisyah isteri Rasulullah SAW lalu berkata: "Alangkah pendeknya wanita itu." Rasulullah SAW segera meneur Aisyah dengan katanya: "Engkau ghibah." Aisyah segera menjawab: "Aku tidak menyebut melainkan yang sebenarnya ada padanya. Tegas Rasulullah SAW. "Engkau telah menyebut yang paling buruk padanya."



Nabi Isa as. ketika menafsirkan erti ghibah membuat pertanyaan kepada sahabat-sahabatnya katanya: "Jika kamu melihat seseorang yang sedang tidur terbuka auratnya, apakah kamu akan menutupnya?Jawab sahabat: "Ya".



Nabi Isa berkata: "Tidakkah bila ada orang menyebut kepadamu keburtukan seseorang lalu kamu tambah apa-apa yang tidak disebut oleh orang yang berbicara itu, bererti kamuyang lebih membuka auratnya"



Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebayakan sangka-sangka sebab sebahagian dari sangka-sangka itu dosa. Dan jangan menyelidiki kesalahan orang lain dan jangan ghibah setengah kamu kepada setengahnya. Apakah kamu suka memakan daging saudaramu yang telah mati? Tentu kamu jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah penerima taubat lagi Maha Penyayang." (Al-Hujarat: 12)



Diakhirat nanti dipadang Masyar selepas perbicaraan dan pertimbangan maka setiap orang akan menerima sesuatu amalan masing-masing maka terlihatlah padanya beberapa suratan kebajikan yang dia sendiri tidak pernah melakukannya, maka mereka pun mengadu kepada Allah SWT.



Kata merteka: "Wahai Tuhanku, dari manakah kebajikan-kebajikan ini kerana kau sendiri tidak pernah melakukannya. Jawab Allah, itu adalah dari orang-orang yang telah menghibah terhadapmu semasa di dunia."



Seksa di akhirat bagi orang yang berghibah telah digambarkan oleh Rasulullah SAW yang berbunyi: "Pada malam aku di Israkkan ke langit aku telah melihat suatu kaum yang memotong daging pinggangnya kemudian dimakannya sambil menyebut mengikut suara arahan, makanlah apa yang dahulu kamu makan dari daging saudaramu. Maka aku bertanya: "Ya Jibril siapakah mereka itu?" Jawab Jibril: "Mereka dari umatmu yang suka menghibah atau mengumpat."




Allah SWT memberitahu kepada Nabi Musa as. dengan amarann. "Barangsiapa meninggal dunia sedang dia sudah bertaubat dari ghibah, maka dia itulah orang yang terakhir masuk syurga dan barangsiapa yang meninggal dunia sedang dia terus mengumpat(ghibah) maka dia itulah yang pertama masuk ke neraka."



Al-Hassan Bin Abi ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Kifarah mengumpat ialah dengan meminta ampun dari orang yang engkau umpat."



Abu Hurairah ra. meriwyatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa selama dalam umurnya menghibah sekali sahaja maka Allah akan menyiksanya dengan sepuluh macam seksaan.



Pertama : Dia menjadi jauh dari rahmat Allah.

Kedua : Malaikat memutuskan persahabatan dengan dia (tidak mahu menghampirinya).
Ketiga : Dicabut rohnya dengan kesakitan yang amat sangat.
Keempat : Dia menjadi dekat dengan Neraka.
Kelima : Dia menjadi jauh dari Syurga.
Keenam : Sangat dasyat seksaan kubur terhadapnya.
Ketujuh : Amal baiknya dihapuskan.
Kelapan : Roh Nabi Muhammad SAW berasa sakit kerana dia.
Kesembilan : Allah murka terhadapnya.
Kesepuluh : Dia akan menjadi orang yang muflis ditimbang amal kebajikannya pada hari kiamat.



Seterusnya Rasulullah SAW memberi amaran kepada si pengumpat bahawa mereka akan diseksa di akhirat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malikra. katanya: "Barangsiapa mengumpat saudara sesama Islam, maka esok pada hari kiamat Allah akan memindahkan laluan qubulnya ke duburnya."



Ali Ibni Abi Thalib ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian dari ghibah kerana sesungguhnya di dalam ghibah itu ada tiga bencana iaitu doanya tidak dimakbulkan. Kebaikannya tidak diterima dan keaiban dirinya akan nampak bertambah-tambah. Ghibah sebenarnya boleh dihidu baunya seperti bau yang datang dari kilang getah kerana diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW bersiar-siar bersama-sama sahabatnya, tiba-tiba mereka terhidu bau bangkai yang busuk lalu baginda bertanya : "Tahukan kamu sekalian bau apakah ini?" Para sahabat menjawab, Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. Baginda menerangkan , ini adalah bau orang-orang yang mengumpat (ghibah) seseorang yang beriman."



Jika dibandingkan dengan masa ini maka timbullah persoalan, apakah hikmahnya bau ghibah dan kebusukannya boleh dihidu pada zaman Rasulullah SAW tetapi tidak di zaman sekarang? Ulama sependapat menghuraikan bahawa ghibah sudah menjadi kebiasaan pada zaman ini dan hidung-hidung manusia sudah dipenuhi dengan bau ghibah itu sendiri, maka bau busuk sudah tidak terhidu lagi."



Begitulah malangnya nasib si pengumpat ini, kerana mereka tidak dihampiri langsung oleh para malaikat rahmat, Bahkan di akhirat kelak akan diseksa dengan seksaan yang pedih. Sedangkan orang yang diumpat memperoleh kebajikan dan pahala dari hasil umpatan orang lain tersebut.



Wallahhualam....Nauzubillah.......



Semoga Allah dapat mengampunkan dosa kita dan orang yang kita umpat juga akan ampunkan kita walaupun sedikit sahaja kita berkata sesuatu yang buruk tentangnya, InsyaAllah...Amin...



Monday, July 18, 2011

Arissa.....ibu teramat rindukan dirimu....saat-saat sukar buat ibu sayang.....

Saat ini.....ibu tak dapat menahan rasa rindu yang teramat padamu sayang.....keindahan wajahmu sentiasa dalam ingatan ibu.....rindu ini setiasa dihati ibu....sinar matamu sentiasa ibu ingati....tak terhingga rasanya terutama bila teringatkan saat-saat Arissa dalam dakapan ibu.....Arissa....tiap kali kami bertengkar...ingatan ibu padamu tersangat mendalam....ibu rasa seperti mahu pergi mengikut Arissa di Alam sana...tapi apa daya ibu....kita tak mungkin dapat bersama di tempat yang sama....nasib ibu dengan Arissa tak sama....nasib Arissa lebih baik dari ibu sayang....ibu banyak sangat dosa....pintu taubat untuk ibu sentiasa terbuka...berkali-kali ibu mengetuk pintu itu....tapi ibu belum pasti..bila ianya akan terbuka dan tak mungkin tertutup lagi buat ibu....Arissa sayang....hanya didalam ini ibu dapat luahkan segalanya....ibu tak sanggup nak mengadu di pusaramu sayang...ibu tak sanggup Arissa merasai penderitaan ibu....dunia ini penuh dengan kepura-puraan....kalau boleh ibu nak jadi macam Arissa.....pergi menemui Allah semasa masih bayi..agar ibu tidak terjerumus ke Alam yang penuh Noda dan Dosa......tapi apa daya ibu sayang...semua ini ketentuan Allah....ibu harus meredhainya....takdir untuk kita sangat berbeza....Arissa..apa lagi yang ibu boleh lakukan sekarang....hanya mengadu pada Dia yang satu....kerana Dia mendengar segala-galanya.....mengetahui apa yang tidak kita ketahui...dan dapat menjangkau di luar pemikiran kita...Rahsia Allah sangat banyak..tak terkira....ibu hanyalah seorang hambaNya yang hina hidup didunia ini....ibu sanggup kandungkan Kakak Hanie & Arissa...ibu sanggup merasai nikmatnya kesakitan melahirkan kamu berdua...dan ibu rasa tidak serik untuk merasainya lagi....ibu bahagia kalian telah menjadi Puteri Kesayangan ibu didunia & akhirat...Arissa....doakanlah untuk ibu sayang dari jauh...semoga Allah akan menyampaikan setiap doa-doamu pada ibu....kekuatan dan semangat ibu datangnya dari Allah SWT dan mungkin jua doa darimu sayang.....tak sabarnya ibu menanti waktu untuk bertemu dengan dirimu sayang.....bila waktunya belum pasti...hanya Allah yang menentukan segalanya.....

Ibu sangat merinduimu sayang...Kakak Hanie demam merinduimu sayang...Ayah juga begitu..teramat merinduimu...hanya tangisan kami sahaja sebagai tanda kami teramat merindui dirimu di Alam sana......nantikan kedatangan kami kesisimu sayang.....tak sabar rasanya menantikan saat-saat itu...

Sunday, July 17, 2011

Rindu yang tak terkata......Arissa sayang.....

Arissa sayang...hari ni genapla usiamu didunia ini...10 bulan...(17 Julai 2011)...tetapi sudah genap 65 hari Arissa pergi meninggalkan ibu..ayah dan kakak Hanie....Arissa tahu tak...Kakak Hanie rindukan Arissa....Kakak Hanie juga minta maaf kat Arissa sebab selalu buli Arissa yang baik sangat ni....sebab Arissa baik macam ni la Allah sayang sangat kat Arissa...Dia tak sabar-sabar nak ambil Arissa dari ibu....ibu meredhainya sayang...Arissa dah ada di Syurga..tempat yang ibu, ayah dan kakak Hanie nak pergi sangat...doakan untuk kami yer sayang...agar kami akan bersamamu sayang di Negara yang kekal abadi....
Sayang ibu...kebahagiaan Arissa adalah kebahagiaan buat ibu....jauh lagi perjalanan kami ke sana....bakalan masih belum cukup lagi sayang....ibu bangga sangat dengan Arissa...sebab Arissa tidak tercalit sedikitpun noda-noda dan dosa-dosa didunia ini....renungan mata Arissa tu buatkan ibu tak dapat lelapkan mata....walaupun ianya hanya sekeping gambar...sebab ibu hanya dapat menatapnya sekarang ini hanya dalam gambar itu....kalau ibu tutup mata...ibu tak dapat memandangnya....dalam mimpi pun ibu belum dapat menemui dirimu sayang....mungkin Allah SWT belum mengizinkannya lagi....ibu pasrah sayang....ibu serahkan padaNya...Dia lebih berhak menentukan apa yang terbaik untuk ibu dan Arissa....
Arissa....rindunya ibu padamu sayang,,,tak tertanggung...tak terluah.....hanya pada Allah SWT tempat ibu luahkan rindu ibu ni sayang....tapi rindu ibu ini akan betul-betul terubat disaat kita dipertemukan Allah SWT di Negeri yang kekal abadi....jauh lagi sayang....bertahun-tahun jauhnya.....ibu tak tahu sampai bila....Khiamat untuk ibu pun ibu tak tahu....sama macam Arissa kan..Arissa pun tak tahu kan....Kuasa Allah....cuma sesekali ibu terasa seperti Arissa selalu ada bersama-sama ibu walau dimana sahaja ibu berada.....Arissa tahu tak kat mana.....???Arissa selalu ada dalam HATI ibu...tempat yang paling suci sayang.....sampai bila-bila Arissa disitu....sebab kalau ROH...ibu bukan tak percaya Arissa....setahu ibu ROH adalah hak Allah....rahsia Dia.....tak banyak yang kita ketahui tentangnya melainkan hanya sedikit.....hmmm....ibu dah faham sekarang...kalau ada yang ibu tercium bau-bauan yang harum tu.....adalah bauan yang ibu tak tahu dari mana datangnya...mungkin dibawa oleh MALAIKAT untuk menyenangkan hati ibu..kan sayang.....ibu tahu..Arissa gembira disana....tersenyum selalu kan.....
Arissa...ibu nak sangat dapatkan adik untuk Arissa....tapi bukanlah dalam waktu terdekat ni...kesihatan ibu juga tidak mengizinkan....ibu akan mulakan pada tahun hadapan insyaAllah sayang..doakan untuk ibu yer sayang...semoga Allah memberikan keberkatan untuk adik Arissa nanti....agar ibu dapat mengubati rindu ibu pada Arissa yer sayang.....tapi Arissa ingat tau..ibu takkan lupakan Arissa tau kalau ibu ada adik baru untuk Arissa dan Kakak Hanie nanti....ibu akan layan adik baru tu macam ibu layan Arissa dan Kakak Hanie....ibu rindukan Arissa....rindu sangat sayang....Allah tahu tentang itu...mesti Allah dah sampaikan pada Arissa SALAM RINDU & KASIH SAYANG ibu pada Arissa kan sayang...

Tiada apa yang ibu harapkan lagi....selain dari bertemu dengan Arissa sayang di sana nanti....ibu terlalu rindu padamu sayang......

Tuesday, July 12, 2011

Maafkan Ibu....Arissa....

Arissa...7 jam selepas Arissa pergi...ibu tak dapat menahan kesayuan dihati....rasa seperti tak mahu pergi dari tempat pengebumian Arissa...ibu tak sanggup nak tinggalkan Arissa bersendirian disitu...tetapi ibu terpaksa menerima hakikat itu...bahawa Arissa sekarang dalam pangkuan Allah SWT....Arissa sedang berbahagia disana....Ibu redha akan ketentuan Illahi....Arissa....8 jam selepas Arissa pergi...Mak Tok yang jaga Arissa semasa ibu bekerja suruh ibu makan...sebab ibu memang tak makan apa-apa pun sejak dari pagi itu..sebelum Arissa pergi dengan tiba-tiba...Ibu terasa seperti menelan pasir nasi yang ibu jamah itu walaupun cuma sesuap dua.....ibu tak dapat nak telan...hambar rasanya....ibu mkn sambil bersedih kerana rindukan Arissa...sebab baru semalam Arissa tidur disamping ibu..tiba-tiba malam itu ibu hanya tidur bertemankan bantal Arissa....pagi itu ibu masih ingat lagi....ibu mandikan Arissa..pakaikan baju baru untuk Arissa....pakaikan minyak wangi...tiba-tiba petang itu Arissa pergi selama-lamanya dari hidup ibu....rupanya itulah perkara yang terakhir ibu lakukan untuk Arissa...Arissa hanya memandang setiap gerak-geri ibu hari tu...rupanya petanda yang Arissa akan pergi tinggalkan ibu....maafkan ibu Arissa...ibu masih ingat lagi jam 5 pagi tu...Arissa sesak nafas...ibu terjaga dan terus mangangkat Arissa baring meniarap atas dada ibu...ibu urut belakang Arissa sampai Arissa lega...lepas tu Arissa terus terlena....kalau ibu tahu Arissa memang sakit sangat waktu tu...pasti ibu akan terus bawa Arissa ke Hospital..tapi memang hari tu tekad ibu nak bawa Arissa ke Hospital..tapi apakan daya ibu....semua ini kehendak Allah SWT....maafkan ibu, Arissa....semua ini takdir Allah...itulah hari yang telah Allah janjikan untuk Arissa...ibu tak tahu itulah harinya Arissa....tapi ibu dapat rasa Arissa akan pergi....walaupun tanda yang paling kuat ibu dapat rasai dalam masa seminggu sebelum Arissa pergi.....
Arissa....,maafkan ibu jika selama hidup Arissa...Arissa tak rasa bahagia....maafkan ibu jika Arissa rasa ibu seperti mengabaikan Arissa & Kakak Hanie....tetapi Arissa...ibu kalau boleh nak bawa Arissa & Kakak Hanie ikut ke mana sahaja ibu pergi..tapi apakan daya ibu....ibu bekerja sayang...mencari rezeki yang lebih untuk kita.....ibu terpaksa kerja lebih masa untuk Arissa & Hanie....ibu sedih bila mengenangkan perkara ini....ibu seperti tak cukup waktu untuk bersama-sama dengan Arissa & Kakak Hanie....Maafkan ibu sayang....Allah SWT memberikan dugaan sebegini kepada ibu sayang....Mungkin kerana kesilapan ibu yang lalu..Ibu redha sayang...
Arissa....maafkan ibu yer sayang....kadang-kadang ibu menagis bukan kerana ibu tak redha Arissa pergi...tetapi ibu teramat merinduimu sayang...ibu rindu nak mendakap Arissa...nak membelai Arissa....nak bermain dengan Arissa.....bercakap dengan Arissa dengan suara kecil ibu....ibu rindukan semua itu....
Selama seminggu Arissa demam..ibu tak dapat lakukan itu semua...sebab ibu juga tak sihat...suara ibu juga serak..ibu tak dapat nak buat suara kecil tu untuk Arissa dengar...mesti Arissa rindu nak dengarkan....sepanjang Arissa demam tu juga..ibu tak dapat nak dakap Arissa selalu...sebab setiap kali ibu angkat Arissa...ibu lihat Arissa akan merengek seperti tubuh badan Arissa merasai kesakitan yang teramat sangat...ibu tak sanggup melihat Arissa menderita begitu...jadi ibu hanya meriba Arissa sambil membelai-belai Arissa.....ibu rindu sangat nak dakap Arissa....
Arissa...walaupun ibu dah lama tak dakap Arissa erat-erat...semasa ibu meriba jenazah Arissa buat kali yang terakhir...dalam kereta tu..ibu cium Arissa puas-puas...ibu dakap Arissa erat-erat....ibu tahu..itulah kali terakhir ibu dakap tubuh Arissa dan ibu cium Arissa puas-puas....Arissa....ibu tak sabar rasanya menunggu waktu untuk ibu bertemu kembali dengan Arissa..tapi apakan daya ibu....bekalan ibu belum cukup lagi...Allah masih memberikan ibu peluang untuk terus mengejar akhirat...ibu dah tak fikir lagi pasal Dunia ni Arissa....semua kerana Allah SWT & Arissa....Maafkan ibu, Arissa...selama ni ibu lalai dalam menunaikan suruhanNya....ibu lalai memberikan perhatian penuh kepada Arissa & Kakak Hanie...ibu sedang belajar dari kesilapan Ibu itu.....ibu tak mahu mengulangi perkara yang serupa Arissa....Ibu harap agar Arissa bahagia selama hidup dengan ibu yer...kerana dalam hayatmu....selama naik kereta ibu...Air-cond kereta ibu selalu rosak...kesian sangat kat Arissa...kepanasan...tetapi Arissa sedikit pun tak merengek kepanasan...malahan terus terlena dalam kereta ibu....bahagia ibu memiliki Puteri sebaik kamu sayang.....Arissa yang tak pernah buat ibu susah hati..sehinggakan ibu tak dapat kesan Arissa rupanya dah tenat...Arissa tak tunjukkan langsung pada ibu yang Arissa sebenarnya terlalu sakit....
Arissa....malam itu ibu pulang kerumah selepas 10 jam Arissa pergi....ibu terus menanggalkan permainan yang ibu gantung kat tangga tu.....ibu tak dpt melihatnya lagi...ibu akan terbayangkan senyuman comelmu sayang...ibu simpan serba sedikit barang-barang permainanmu.....
Arissa....selepas sehari Arissa pergi...selepas pulang dari menziarahi pusaramu....ibu terus pulang ke rumah...membasuh semua pakaian Arissa....kemudian ibu menjemurnya diampaian sambil menangis...kerana itulah kali terakhir ibu basuh pakaian Arissa.....ibu simpan semua botol susu Arissa....baby car seat yang Arissa guna tu...barang-barang lain...semua ibu simpan dlam beg & plastik hitam....ibu tak sanggup lagi melihatnya..kerana itu semua membuatkan ibu sedih....lebih-lebih lagi bila ibu melipat pakaian yang terakhir ibu basuh tu...sayu sangat ibu rasa....Arissa...ibu doakan semoga Arissa sedang berbahagia disamping Allah SWT dalam taman syurga itu Sayang...Nantikan kehadiran ibu disana yer sayang....IBU TERAMAT MERINDUIMU SAYANG.....Al-Fatihah....Maafkan ibu sayang...Maafkan Ibu........;(

Tuesday, July 5, 2011

Aku temui keajaibanMu dalam doaku....

Semalam aku dihimpit keresahan dan kesedihan yang teramat...bagai nak pecah kepala aku memikirkan jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang melanda hidup aku setiap hari..ini adalah ujian dariMu Ya Allah....aku redha dengan setiap takdir dan dugaan yang menimpa aku Ya Allah...aku mohon diberikan kekuatan dan semangat untuk aku menghadapi semua ini...aku juga terindu-rindukan Puteri aku..Nur Arissa Qaireena yang telah dijemput olehMu dalam usia yang masih muda...aku pasrah Ya Allah....hebat ujian dan dugaanMu terhadap aku...tetapi tak sehebat ujianMu pada Rasulullah SWT dan Nabi-nabi sebelum Baginda...dan juga tidak sehebat mereka yang lebih susah daripada aku....tetapi aku tetap melaluinya....Ya Allah...yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa dalam tangisan sesalanku....aku bersujud padaMu Ya Allah....aku mohon semoga Engkau memberikan pertolongan kepada aku...membuka jalan bagi aku yang sangat terdesak Ya Allah....dalam doaku juga aku mohon agar Engkau permudahkan segala urusan aku didunia dan akhirat....Ya Allah...tiada sesiapa lagi yang boleh membantuku selain Engkau..Allah yang satu...yang Maha Mengetahui...Maha Berkuasa...Maha Penyayang....Maha Mendengar rayuanku Ya Allah....hanya padaMu Ya Allah...hanya padaMU....tiba-tiba selepas aku puas berdoa dan bersujud padaMu...hujan lebat dengan tiba-tiba diselangi dengan kilat dan dentuman guruh yang kuat membuatkan aku terkedu seketika....aku hanya mampu berzikir dan beristighfar kepadaMu Ya Allah....dan akhirnya aku terlena.....


Pagi ini aku datang kerja seperti biasa...dengan kesan sembab dimataku dari tangisan semalam, hmm..fikiran aku bercelaru...aku buntu memikirkan jalan penyelesaian....sampai aku pergi makan pun aku boleh lupa kat kawan-kawan aku...aduhh...fikiran aku tengah berserabut sahabatku..maafkan aku....semua yang berlaku diluar kawalan aku....aku masuk kelas tadi pun aku tak dapat tumpukan perhatian....aku terus bersembang dengan seorang sahabat aku dan meluahkan rasa hati agar aku lega dan temui jalannya....tidak berapa lama kemudian aku kembali memberikan tumpuan dalam kelas...walaupun apa yang diterangkan oleh Mr Ting tadi sebenarnya agak mudah...tapi fikiran aku seolah-olah tiada disitu..masih memikirkan jalan penyelesaiannya....selepas bersms berterus-terusan dan panggilan dibuat...akhirnya aku tersenyum kesyukuran.....Alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah....Engkau telah permudahkan segala urusan kami hari ini...semoga hari ini akan lebih baik dari semalam...begitulah berikutnya...Ya Allah..sesungguhnya Engkau telah memperkenankan setiap doa hambaMu yang hina ini...aku harapkan akan ada sinar untuk kami menghadapi segala ujian dariMu Ya Rabbi...tiada apa lagi yang mampu aku katakan...hanyalah bersyukur dengan segala-galanya....aku akhirnya menemui keajaibanMu Ya Allah...dalam doaku...mal;am itu tidak pernah aku hadapi sebelum ini...kekuasaanMu Ya Rabbi...tiada tandingannya...semoga aku akan terus berjuang dijalanMu Ya Allah....insyaAllah....Amin..Ya Rabbal Alamin...

Saturday, July 2, 2011

Baju itu..kenangannya untukku...selamanya...

Hari ini aku keluar pergi temankan seorang sahabatku...ada urusan sedikit dibandar Kuantan hari ni...almaklumlah...sahabatku ni sedang berbadan 2...hmm....lepas selesaikan segala urusan....dia ajak aku pergi berjalan-jalan ke sebuah Shopping Complex....aku ikut jer la...hmmm....dia cari kain pasang untuk dibuat baju raya tahun ni nanti...cantik-cantik kain yang dijual tu..tertarik sangat aku...hehe...tapi aku tak beli apa-apa pun...sekadar cuci mata jer...hmm..lepas selesai membayar harga kain tu..kami terus turun ke tempat yang menjual baju kanak-kanak....mungkin sahabat saya ni nak carikan baju untuk Puteri sulungnya tu...Alya...tapi kan..sewaktu aku melihat-lihat baju kanak-kanak tu....aku jadi sedih pulak...walaupun Hanie ada disisiku saat itu...ingatan aku melayang kepada Arissa...alangkah gembiranya aku jika Arissa masih bernafas disisiku...aku mesti excited sangat memilih gaun-gaun dan baju-baju comel untuknya....aduhai...walau apa-apa pun..aku memang tak dapat elak dari rasa teringin sangat memiliki gaun-gaun cantik untuk Arissa....hmm...baju yang dipakai seperti dalam gambar tu...itu lah kenangan antara kami...walaupun aku teringin melihat Arissa memakai gaun-gaun lain yang ada aku belikan untuknya...tetapi hanya baju itu dan yang sehelai lagi berwarna merah sahaja yang sempat aku cubakan dibadannya...yang lain itu hanya tinggal kenangan buat kami.....Arissa.....walau ke mana ibu pergi...di mana sahaja ibu berada..ingatan pada Arissa selamanya kekal...tidak sekali ibu lupakan Arissa....sehinggakan ibu terasa Arissa sentiasa mengekori ibu dimana-mana....terutama bila ibu terlihat pakaian baby girl yang comel-comel tu....ibu terasa seperti Arissa masih ada bersama ibu...bersama-sama ibu memilih baju itu....

Ya Allah..kuatkanlah hati aku..kuatkanlah semangat aku....Arissa sentiasa di dalam hati aku...hidup di situ selama-lamanya....aku rindukannya...Ya Allah......;(

Friday, July 1, 2011

HambaMu...


Owh ho..Owh ho…2x
Mawi:
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

C/O (dua-dua)
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Owh ho owh ho
Hambamu Allah…..

Mawi

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Akhil Hayy

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

This is Our Life, Our Journey & Our Love....


Tik Tok....