Friday, May 27, 2011

Arissa....ibu rindukan Shisha...

Indahnya waktu kelahiranmu sayang..


Ya Allah....sesungguhnya Engkau lebih mengerti perasaanku...tidak terbanding hebatnya anugerah perasaan rindu ini terhadapMu dan jua Arwah anakku...Ya Allah..tenangkanlah hati aku....pendamkanlah rinduku ini sehingga sampai masanya untuk aku lepaskannya disaat-saat pertemuan aku dgnMu dan anakku...itu sahaja yang mampu aku lakukan saat ini...rasa rindu ini adalah anugerah dariMu...yang tidak ternilai...Al-Fatihah buat Puteriku..ibu yakin Arissa sedang berbahagia disana..nantikan kedatangan ibu menemuimu sayang...dengan izin Allah SWT....Amin...

Thursday, May 26, 2011

Ketenangan di jiwaku....

Keindahan di Syurga..mampukah kita menggapainya....InsyaAllah...asal kita berusaha mencari keredhaanNya...Amin...



Kehilangan yang amat berharga dari hidupku mengajar aku erti untuk terus mencari Cinta Allah SWT
dan mendekatkan diri kepadaNya..hidup mesti diteruskan kerana hidup dan matiku kerana Allah SWT...Ketenangan dijiwa dapat aku rasai dengan membaca buku-buku mengenai Syurga..Ya Allah tenang sungguh aku rasakan...Alhamdulillah...aku mencari keredhaanMu Ya Rabbi...hanya Engkau yang lebih mengetahui...







Tuesday, May 24, 2011

Khas Untuk Arissa Yang Ibu sayangi - Terlalu Istimewa

Sayang Arissa Sayang....gelak tawamu menghiburkan kami...kami Rindu padamu sayang...



gelak tawa terakhir Arissa yang dapat kami rakamkan...







Adibah Noor - Terlalu Istimewa

Ku tatap gambar wajahmu

Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju


Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu


Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia


Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…


Kami digamit kerinduan yang teramat dikala kami bersendirian...kebahagiaanmu sayang...adalah kebahagiaan buat kami....

Bergembiralah sahabatku..Di sebalik setiap musibah, pasti ada hikmahnya..

Hidup ini ibarat roda. Adakalanya kita gembira, dan adakalanya kita bersedih. Bila kesedihan melanda, hati mula terasa pedih, semangat mula terpadam sedikit demi sedikit. Tiada lagi keghairahan untuk melakukan kerja. Tiada lagi kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Tiada lagi senyuman yang terpancar di wajah. Semuanya tampak suram. Tiba-tiba dunia menjadi gelap. Sangat-sangat gelap untuk kita.

Jangan bersedih, sahabatku..

Setiap musibah itu datangnya daripada Allah swt. Hakikatnya, Allah swt tidak mendatangkan musibah itu kerana Dia zalim kepada kita. Akan tetapi, Allah swt berikan kita sesuatu musibah kerana Dia CINTAkan kita. Dikatakan bahawa, Allah swt kasih kepada seorang manusia, 70 kali ganda melebihi daripada kasihnya seorang ibu kepada anaknya. Seandainya benar Allah swt kasih dan sayang kepada kita, sudah tentu di sebalik setiap musibah, ada tersimpan satu hikmah. Tiada siapa yang mengetahuinya, melainkan Allah swt. Namun apa yang pasti, setiap hikmah itu sangat berkait rapat dengan dasar CINTA Nya terhadap kita.

Hikmah #1: Allah swt sangat rindu pada kita. Dan Dia mahu kita lebih dekat denganNya.

Adakalanya kita ter”lemas” dengan urusan dunia. Kesibukan menyebabkan kita lalai daripada mengingatiNya. Solat kita penuh dengan dunia. Zikir kita penuh dengan dunia. Sedekah kita juga kerana dunia. Sehingga tiada saat, terdetik di dalam hati kita untuk mengingatiNya. Kalau ada pun, hanya sedikit sahaja..Sehingga boleh dibilang dengan jari jemari sahaja.

Kerana Allah swt sangat SAYANG pada kita, kerana Allah swt sangat CINTA kepada kita, maka Dia tidak sanggup melihat kita terus lemas di dalam dunia. Lantas, dengan kasih sayangNya, Dia terus menarik kita. Bukan untuk merosakkan kita, tetapi untuk menyelamatkan kita.

Salah satu caranya ialah, dengan memberikan kita musibah. Apabila ditimpa musibah, kebiasaannya, manusia akan mula mengingati Allah swt. Manusia akan cuba mencari peluang agar selalu dekat denganNya. Manusia akan mula menambahkan doanya. Manusia akan mula menambahkan amalnya. Solatnya tidak lagi leka..Zikirnya tidak lagi leka..Khusyu’ dan khudu’ mula menemani dalam setiap ibadahnya.

Nah!..Inilah yang Allah swt mahukan. Dia sangat rindu mendengar suara hambaNya. Kerana Dia sangat suka mendengar zikir hambaNya, Dia sangat suka mendengar bacaan Al Quran daripada hambaNya. Dia juga sangat suka apabila hambanya menadahkan tangan di dalam tahajudnya, meminta-minta, merintih, merayu, dan menangis di hadapanNya.

Hikmah #2: Allah swt ingin menghapuskan dosa-dosa kita.

Allah swt itu jauh sekali daripada sifat zalim. Allah swt tidak pernah akan menzalimi hamba-hamba yang dicintaiNya. Sedangkan, manusia lah yang menzalimi dirinya sendiri. Manusia menzalimi dirinya sendiri dengan mengingkari perintah-perintah Allah swt. Allah swt perintahkan solat, bukan kerana mahu membebankan manusia. Sedangkan Allah swt memerintahkan solat kerana CINTANya pada manusia. Allah swt perintahkan agar kita menutup aurat, juga kerana Dia cintakan kita. Allah swt perintahkan kita menjaga batas pergaulan lelaki dan wanita, juga kerana cintaNya pada kita.

Setiap syariat Allah swt itu adalah kerana cintaNya Dia pada kita. Apabila setiap syariat diikuti, ia akan membuahkan hasil dan manfaatnya untuk manusia. Apabila seorang wanita menjaga auratnya, maka dia tidak akan menjadi punca yang menaikkan nafsu berahi lelaki, dan dia juga akan terselamat daripada zina . Apabila seorang lelaki menundukkan pandangannya pada wanita dan wanita juga membuat perkara yang sama, maka tidak akan ada suami atau isteri yang curang kepada pasangannya.

Apabila manusia mula meninggalkan syariat, maka dia akan menzalimi dirinya sendiri dan orang lain. Adakalanya, kita tidak perasan akan perkara-perkara ini. Maka, Allah swt berikan kita sedikit musibah, agar kita kembali muhasabah diri dan membuat koreksi atas setiap kesilapan kita. Perbanyakkanlah taubat dan istighfar, agar Allah swt menjadikan musibah ini sebagai kaffarah kepada dosa-dosa kita. Harapan kita semoga, bila dosa-dosa ini sudah terampun sebelum kita mati, maka di akhirat nanti ia tidak akan disebut lagi di mahkamah ahkamul haakimin.

Hikmah #3: Allah swt ingin menambahkan pahala kita

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda:

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw ketika meriwayatkan satu hadis Qudsi telah bersabda; “Wahai anak Adam! Jika engkau terus bersabar (bilamana hilangnya sesuatu daripada dirimu) dan engkau harapkan pahala, maka Aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah daripada syurga.”(HR Ibnu Majah)

Kasihnya Allah swt kepada kita. Jika kita dapat bersabar dengan musibah yang diberikan olehnya, maka Allah swt akan mengganjari kita dengan SYURGA! MasyaAllah!!!

Pelajarilah sabar daripada kisah Nabi Ayyub a.s. Allah swt telah matikan anak-anaknya..tetapi baginda masih bersabar. Allah swt telah hancurkan harta bendanya..namun baginda masih bersabar. Allah swt telah uji dengan penyakit..tetapi baginda masih boleh bersabar. Allah swt uji dengan kejian dan cemuhan masyarakat, tetapi baginda masih bersabar. Dan akhir sekali, isteri yang dicintainya juga turut pergi meninggalkannya..tetapi baginda masih lagi bersabar.

Namun, kerana kesabaran baginda, selepas daripada semua musibah itu, Allah swt telah mengurniakannya harta yang melimpah ruah. Allah swt telah memberikan anak-anak yang ramai dan isteri yang solehah. Nabi Ayub a.s telah membuktikan CINTAnya kepada Allah swt. Dalam keadaan susah mahupun senang, baginda tetap setia dengan CINTAnya kepada Allah swt.

Jika hendak dibandingkan musibah yang Allah swt berikan kepada kita dengan musibah yang Allah berikan kepada Nabi Ayub a.s, apalah sangat musibah yang sedang kita alami. Seharusnya, musibah ini akan membuatkan kita lebih sedar akan CINTAnya Allah swt kepada kita dan kita sebagai hambaNya, lebih-lebih lagi wajib mencintaiNya.

Hikmah #4: Allah swt ingin meningkatkan iman kita kepadaNya

Iman itu adalah yakin. Yakin dengan sepenuh hati bahawa hanyalah Allah swt Tuhan yang layak disembah. Yakin dengan sepenuh hati bahawa hanya Allah swt tempat meminta pertolongan. Sebagaimana yang sering kita baca di dalam solat kita;

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah Al Fatihah: 5)

Seandainya kita benar-benar yakin dengan janji-janji pertolongan Allah swt, apabila ditimpa sebarang musibah, maka kita akan meningkatkan usaha untuk beramal dengan amalan-amalan yang ada janji-janji Allah.

Seperti dengan solat, Allah swt janjikan pertolongan (Al Baqarah:45). Orang yang bersolat tidak akan menjadi orang yang berdukacita (Al Baqarah:277). Dengan menjaga solat, Allah swt janjikan kemurahan rezeki (Taha:132). Dengan khusyu dalam solat, Allah janjikan kejayaan.(Al Mukminun:1-2)

Apabila ditimpa musibah, dekatkanlah diri dengan Allah swt sebanyak mungkin. Banyakkan istighfar. Usahakan agar solat dikerjakan dengan penuh khusyu’ dan khudu’. Banyakkan berzikir kerana dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang. Berzikirlah dengan penuh tawajuh dan sungguh-sungguh, nescaya Allah swt akan memberikan kekuatan kepada hati. Dan yang terakhir sekali, banyakkanlah berdoa. Terutamanya, pada waktu-waktu doa paling mustajab seperti di bahagian akhir malam. InsyaAllah, sedikit demi sedikit, Allah swt akan tunjukkan jalan keluar dan selesaikan masalah tersebut.

Apabila seorang mukmin mengaku bahawa dia beriman kepada Allah swt, maka pasti dan pasti imannya akan diuji. Dan apabila seorang mukmin BERJAYA melepasi ujian tersebut, maka Allah swt akan naikkan darjatnya. Imannya akan meningkat. Yakinnya pada janji-janji Allah swt akan meningkat. Justeru, amalnya juga akan turut meningkat. Dan Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang akan menzahirkan kenikmatannnya yang mencurah-curah. Allah swt akan berikan kepadanya nikmat ketenangan dan kebahagian yang lebih indah daripada kehidupan sebelum musibah tadi.

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Al Insyirah: 5-6)

MasyaAllah! Indahnya CINTA Allah swt…Kita makhluk yang sangat lemah, sangat tidak mengerti apakah hikmah di sebalik setiap musibah. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahuinya. Hakikatnya, Allah swt sentiasa menentukan apa yang TERBAIK buat kita kerana Dia sangat-sangat CINTA pada kita…




Monday, May 23, 2011

Sayang ibu...

Tak tertanggung kerinduan ibu pada Arissa...


Ya Allah...Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui perasaan aku...setiap saat aku merindui Arwah...

Arissa Sayang....

Tiada yang sempurna..sesempurna dirimu sayang....kehadiranmu dalam hidup ibu walau cuma seketika sangat membahagiakan....



Ibu rindukan Shisha ibu.....tidak sabar rasanya ingin bertemu denganmu kembali..lambatnya masa berlalu....

Saturday, May 21, 2011

Keuntungan Si Ibu Bapa apabila Anaknya meninggal sebelum Akhil(cukup umur)

“Lamanya di Barzakh itu ialah semenjak roh berpisah dari tubuh, semenjak meninggal dunia, sampai hari berbangkit”.“Bagi orang-orang yang beriman di Barzakh hanya terasa sebentar saja”.“Semasa di padang Masyhar, diriwayatkan bahawa anak-anak kaum muslimin yang meninggal dunia sebelum mencapai usia baligh, akan dizinkan memberi minum kepada ibu-bapa mereka. Anak-anak ini akan menyusup di antara orang ramai dengan membawa minuman untuk ibu-bapa mereka, sementara manusia ketika itu dalam keadaan dahaga yang luar biasa”.“Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ayah-bondanya di pintu syurga”.“Anak-anak Muslim yang meninggal di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di Barzakh dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim. Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak mengalami panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-Jali. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian Shirathal-Mustakim yang terbentang di punggung api Neraka Jahannam itu. Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga Jannatun Naim”.“Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa kepada kampong halamannya, lupa semuanya. Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahukan: Hai Wildan (anak-anak yang mati sebelum baligh), lupakah engkau kepada ayah-bondamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah-bonda mereka yang selama ini mereka lupakan”.“Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga”.“Setelah terompet berbunyi, pintu syurga terbuka, maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu, dan ketika itulah anak-anak ini sibuk mencari ayah-bondanya. Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan: Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil menangis”.”Malaikat menjawab: Oh wildan, malang kamu, ayah dan bondamu terjatuh ke dalam neraka. Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. Oh ibuku, Oh ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa dosamu, ibu, maka sampai terjatuh ke dalam neraka. Mereka menangis dan meratap”.“Kata malaikat: Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad SAW”.“Setelah anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada di dalam neraka itu”.“Setelah bertemu dengan anak dipintu syurga anak yang meninggal di waktu masih kecil, yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran:”Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira.(Ad-Dahr: 11)

Syafa'at Anak terhadap kedua orang tuanya di akhirat

Menurut Hadits Qudsi:

Allah SWT berfirman pada harui kiamat kepada anak-anak:

"Masuklah kalian ke dalam surga!"

Anak-anak itu berkata: "Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami

masuk."

Lalu mereka mendekati pintu syurga! tapi tidak mau masuk ke dalamnya. Allah

berfirman lagi: "Mengapa, Aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian

kedalam surga!"

Mereka menjawab: "Tetapi (bagaimana) orang tua kami?" Allah pun berfirman:

"Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian."

(Hadits Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil bin Syua'ah yang bersumber dari

sahabat Nabi SAW)

Istilah "al-wildan" dalam Hadits Qudsi diatas adalah kata jama', mufradnya

(kata tunggalnya) adalah "al-walid", artinya anak yang baru dilahirkan, yaitu

bayi atau anak kecil yang belum akil baligh. Jadi maksudnya ialah anak kecil

yang meninggal dunia. Hal itu diterangkan dalam Hadits lain yang diriwayatkan

Ibnul-Atsir sebagai berikut:

"Anak kecil (yakni yang meninggal dunia selagi kanak-kanak atau keguguran),

masuk syurga."

Maksud hadits diatas, termasuk salah satu di antara rentetan peristiwa yang

terjadi pada hari kiamat di padang masyar. Gambaran ringkas dari

peristiwa-peristiwa itu adalah sebagai berikut:

1. Setiap orang dibangkitkan dari kuburannya masing-masing

2. Masing-masing digiringkan oleh malaikat Zabaniah kepadang Masyar. Setelah

itu mereka dikelilingi oleh hewan-hewan dan apa saja yang ada sangkut pautnya

dengan mereka. Juga dikelilingi oleh malaikat langit masing-masing tingkatan.

3. Matahari diciptakan kembali dan diletakkan di atas mereka pada jarak satu

mil, sehingga mereka selain berdesak-desakan dn berjubel-jubel (kaki diinjak

oleh seribu kaki-kaki diatasnya), juga dibakar oleh panasnya matahari,

berkeringat, lapar, haus dahaga tidak terperikan siksanya.

4. Ketika mereka mengalami lapar dan haus itulah anak-anak yang tadinya

meninggal selagi masih kecil dan dilepas oleh orang tuanya dengan sabar dan

tawakal, datang kepada orang tuanya masing-masing dengan membawa segelas air

untuk diminum, dan apabila sudah diminum, tidak akan lapar dan dahaga lagi

selama di alam Masyar itu. Demikian menurut beberapa Hadits.

5. Mulai hisab dengan menerima buku catatan harian masing-masing yang selama

hidupnya dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid.

6. Dilakukan mizan (penilaian timbangan) terhadap segala macam amalan setiap

orang, kecuali orang-orang masuk surga tanpa hisab.

7. Meniti shirat yang harus dilalui oleh keseluruhan yang ada di padang

Masyar itu. Meniti shirat yang kedua bagi mereka yang telah selamat meniti

shirat yang pertama.

8. Mana yang sudah bersih benar baru diidzinkan masuk syurga.

Pada saat itulah Allah memerintahkan kepada anak-anak (yang tadinya

meninggal dunia selagi belum akil baligh) untuk memasuki surga. Tetapi mereka

memohon syafa'at (pertolongan) kepada Allah agar kiranya dapat masuk surga

bersama orang tua mereka. Memang mereka juga penuhi perintah Allah, untuk

datang mendekati pintu syurga, tapi masih belum mau memasukinya, sehingga

Allah Yang Maha Mengetahui bertanya lagi: "Mengapa Aku lihat anak-anak itu

masih saja belum masuk syurga? Masuklah kalian ke dalam syurga itu". Pada

saat itu mereka mengulangi permohonannya bagi orang tua mereka. "Kami belum

mau masuk, sebelum orang tua kami yang menjadi asal pokok kami, dan ibu-ibu

kami yang telah mengandung kami sembilan bulan dan kemudian membesarkan kami

masuk juga bersama kami".

Demikianlah mereka berhenti dekat pintu surga, menunggu keputusan Allah SWT

dengan penuh harapan.

Akhirnya putusan yang dinanti-nantikan itu datang dengan segera, dengan

firman Allah Yang Maha Mengetahui: "Masuklah kalian ke dalam surga bersama

orang tua kalian".

Penegasan ini oleh Allah kira-kira dimaksudkan untuk menampakkan betapa

besar keutamaan anak-anak dan betapa besar pula pengaruh ridla qadla' dan

qadar Allah, sabar dan puji syukur kehadirat Nya.

(Sumber: Hadits Qudsi, KH.M. Ali Usman dkk, CV. Diponegoro Bandung, 1984)


Thursday, May 19, 2011


Rakaman terakhir Arwah Arissa sebelum Arissa jatuh sakit dan kembali ke Rahmatullah,
Arissa adalah anak yang sempurna untuk ibu dan keluarga, Allah SWT begitu menyayangimu kerana dirimu begitu sempurna sayang,
SEMOGA DICUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA, AL-FATIHAH...
(rakaman pada 23 April 2011)

Ungkapan dari sahabatku..terima kasih KAK SAINI


Suratan atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka

Seringkali mendatangi kita

Itukah suratan dalam kehidupan

Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan

Persoalan hidup dan pilihan

Sedang kejujuran semakin berkurang

Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan

Dengan berbagai pilihan

Mengapa sering terjadi

Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan

Menghadapi masa depan

Seolah telah terhapus

Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini

Bagi diriku amat bererti

Tetapi ku bimbang untuk menyatakan

Bimbangkan berulang kesilapan

Suratan dan ketentuan Ilahi buat seorang teman yg br kehilangan puteri kesayangan.Tabahkan hatimu kawan....ALLAH takkan menguji hambanya dengan ujian yang x mampu dipikul. Sungguh....mudah untuk orang sekeliling menyuruh kau bersabar, bertenang, kuatkan hati....tapi yg memikul bebanan perasaan?

Sebagai ibu...aku dapat menyelami betapa pilunya kehilangan. Betapa sayu nya perasaan. Redhalah kawan. Bunga syurga comel itu akan menanti ibu dan ayah di sana. Bakal penghilang dahagamu di Masyar. Biar hanya sekejap ALLAH meminjamkan dia padamu. Kasih yang sekejap itu kukuh dipahat di dalam sanubari. Doakan kesejahteraan dia di alam sana, sebagaimana dia setia mendoakan ibu dan ayah seiring senyuman manisnya. Biar dia tenang. Jangan terus menangis kawan. Redhalah dengan pemergiannya. ALLAH maha tahu dan pengetahuanNYA tiada had sempadan. Luar dari jangkaan akal manusia seperti kita. Moga kau terus lalui liku2 kehidupan yang masih berbaki ini dengan penuh cekal. Alfatihah......untuk baby NUR ARISSA QAIREENA.....

Ungkapan dari Blog sahabatku..terima kasih...AMY SALWANI AMIT


Mata Melihat Hati Merasa Jiwa Mencipta

Petang kelmarin 16 Mei saya telah dikejutkan apabila tebaca di Wall facebook NADIA ZEX berita tentang perginya baby ariisa kerahmatullah..Inna Lillahi Wa Inna Ilahi Ra'jiun..Terus msg mber kenalan yang ada namun tidak dibalas..Xsangka baby Arissa pergi dulu kerana seminggu saya ada berfacebook dng ibu Arissa berkenaan dgn ubat angin "VICKS" UTK anak2..Masyaallah....Al-Fatihah buat arwah.

Alhamdulillah Tuhan makbulkan niat saya smlm nak bersua dgn insan yang begitu tabah dan cekal hati nuraninya apabila baru saja kehilangan anak tersayang tanggal 14 Mei 2011 baru2 ni. Walaupun xsempat nak melawat arwah Arissa namun niat nak berjumpa ibunya tercapai jua..Amin....

Pertemuan secara kebetulan pagi tadi di klinik ibu & anak Jalan Gambut menyentap hati saya tatkala saya sedang berada di bilik pemeriksaan..Dia menyapa saya dari arah tepi yang ingin memaklumkan kepada jururawat bertugas berkenaan berita kematian anak bongsu nye..Hati saya tersentap dan sayu melihat airmuka seorang ibu yang baru kehilangan anak tersayang yang begitu tabah walaupun hati masih tidak keruan. Hati ibu mane yg sanggup menerima ujian berat sebegini rupa setelah 9 bulan 10 hari mengandungkan melahirkan membesarkan dengan kudrat yang ada melihat anak sihat didepan mata..Nauzubillah !! Kuasa Tuhan tidak sapa yang mampu melawan..

Selesai saya mendapatkan rawatan anak saya si Zarra tadi, Nadia (ibu arwah baby Arissa) masih lagi didalam bersama jururawat di bilik 4..Saya cekalkan hati mahu bersua muka berkongsi suka duka bersama dia kenalan saya disekolah dulu walaupun mana caranya saya tetap sabar menunggu Nadia diluar klinik..Nadia menyapa saya dengan soalan yang biasa saje lalu saya tarik dia keluar dan.......pelukan saya sebagai seorang kawan untuk dia membuatkan hati saya benar2 tersentuh dgn esak tangis walaupun dia sebagai ibu kpd arwah tidak ada setitis pun airmata yg mengalir ! Sepatah ayat pun xterkeluar dari mulut saya..YaAllah dugaan yang dia rasa benar2 meruntun hati saya. Arwah sebesar Zarra yang lahir bersama, dibulan yg sama ditahun yang sama telah dulu pergi menyahut seruan Ilahi..Seusia 8bulan Arwah NUR ARISSA QAIREENA telah dulu pergi meninggalkan ibu bapa dan kakak tersayang dan menunggu mereka di pintu SYURGA..

3 perkara yang anak Adam tinggalkan apabila menyahut seruan Ilahi : anak soleh & solehah yang mendoakannya, sedekah jariah, dan ilmu yang bermanfaat.

Anak soleh & solehah yang mendoakan? Kalau mati dulu sebelum dapat anak? Kalau ada anak, tapi anak tak soleh? Bukan senang untuk mendidik anak sehingga menjadi soleh & solehah, tapi tidak mustahil, perlukan mujahadah dan sandaran kepada Allah.




Nadia bersama bb Arissa

Arwah tatkala lahir kedunia

Arwah baby Arissa 7/8 bulan

Walaupun kedua2 nampak sugul lagi namun mereka tetap tabah menjalani hidup..Nadia seorang ibu yang bersemangat kental..Jika berita kejadian ini berlaku pada diri saya, saya mungkin tidak setabah dia. Allah SWT telah memilih dia mengharungi ujian keimanan ini. Semoga arwah aman di alam sana dan buat kedua ibu & ayah arwah arissa, anda pasti berjumpa dia di PINTU SYURGA..Al-Fatihah.Amin..

Buat Nadia, semoga awak tabah dalam mengahrungi suka duka kehidupan selepas ini.. Jadikan kenangan itu sebagai pemangkin untuk awak dan suami membesarkan permata hati dengan sebaik mungkin. Terima ujian ini dengan hati yang terbuka dan basahilah arwah Baby Arissa dengan zikrilan doa2 & amalan al-quran untuk dia disana...

* HIDUP MATI AKAN PASTI MENJEMPUT KITA XKIRA TUA & MUDA. .LAMBAT DAN CEPAT MENJADI UKURAN..sIAPKAN LAH DIRI UNTUK MENJADI TETAMU ALLAH..

Untuk Arwah Arissa Sayang....

Ku meniti awan yang kelabu

Ku tempuhi lorong yang berliku

Mencari sinar yang menerangi

Kegelapanku

Ku percaya pasti suatu masa

Sang suria kan menyinar jua

Membawa harapan yang menggunung

Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi

Tak bercahya namun kau berseri

Tapi cukup menghiburkan

Hati ini

Seharian waktu bersamamu

Tak terasa saat yang berlalu

Bagai pelangi

Petang kau kan pasti

Pergi jua...



setiap saat ibu bersama Arissa sayang..memang tak terasa saat yang berlalu...bahkan tidak cukup rasanya waktu bersamaMu sayang....

Puteri Kesayangan Kami...Ibu & Keluarga sangat RINDUKANMU....

17 September 2010...jam 6.35ptg....aku telah selamat melahirkan seorang puteri yang aku nanti-nantikan...alhamdulillah...comel sungguh puteri ibu ni...bangga sangat ibu...puteri yang ku namakan NUR ARISSA QAIREENA telah hadir dalam hidup ibu...bahagia sangat aku rasakan...walaupun berbagai-bagai komplikasi semasa dalam kandungan..tetapi ARISSA dilahirkan dalam keadaan sihat...ALHAMDULILLAH....kegembiraan ku adalah kegembiraan buat seluruh keluargaku....

Gelak tawamu ARISSA amat menghiburkan hati...ibu sangat bahagia...sayang sangat pada ARISSA...kalau diikutkan hati..mahu saja ibu berhenti kerja untuk menjaga ARISSA setiap masa...tetapi apakan daya..ibu harus bekerja untuk mencari rezeki membantu keluarga...untuk ARISSA juga...

ARISSA sayang....ibu tidak pernah lupakan sayang...setiap detik ARISSA didalam hati ibu...walaupun ibu sedang bekerja..ibu asyik teringatkan ARISSA sahaja...sebab itu ibu selalu berkejar untuk pulang ke rumah..kerana ibu tidak sabar ingin melepaskan rindu pada ARISSA....tidak pernah surut ciuman ibu pada ARISSA...walaupun ARISSA sedang tidur lena..ibu cium ARISSA sepuas-puas hati ibu..itulah yang ibu lakukan setiap hari sayang....

Arissa seorang puteri yang teramat baik untuk ibu..apatah lagi untuk keluarga dan semua...ARISSA yang terbaik buat ibu sayang....gurau sendamu ARISSA...ibu sangat terhibur...ARISSA sangat menyenangkan hati ibu...sangat mudah menguruskanmu sayang....tetapi ARISSA tiba-tiba demam...demam yang berlarutan selama 6 hari...dan ibu sangat risaukan ARISSA...tetapi entah kenapa..hatiku seolah-olah dihalang sesuatu yang membuatkan aku terfikir..ARISSA hanya demam biasa...kerana atas nasihat doktor..ARISSA ada kahak di paru-parunya...jadi aku memberikan ubat Antibiotik kepadanya....seperti saranan doktor...

14 Mei 2011....jam 2.30 petang...tidak kusangka dan tidak dapat ku duga...PUTERI NUR ARISSA QAIREENA kesayangan kami telah pergi selama-lamanya meninggalkan kami....walaupun teramat sukar untuk menerima kenyataan ini...tetapi aku memohon kepada ALLAH SWT...agar kuatkanlah semangat aku...Ya Allah...seberat-berat dugaan yang telah Engkau berikan kepada aku...dugaan inilah yang paling berat aku terima..Ya Allah.....tabahkanlah hati aku...ARISSA pergi dengan membawa semangat aku bersamanya....dia didalam dakapan aku disaat-saat dia sedang nazak....hanya linangan air mata dan sayu jeritan namamu ARISSA yang mampu aku lakukan...hebat sungguh ujianmu Ya Allah...tetapi hanya Engkau sahaja yang lebih mengetahui...aku REDHA dgn ketentuanMu Ya Rabbi....dan hanya Engkau sahaja yang tahu perasaan aku Ya Allah...tidak tergambar oleh kata-kata...

ARISSA sayang...terima kasih kerana sudi menjadi puteri ibu...ibu sangat bahagia hidup dgn ARISSA...ARISSA sangat membahagiakan ibu..memberi ketenangan dalam hidup ibu walaupun sementara....ibu tahu..ARISSA juga sedang merindui ibu...begitu juga ibu sayang..ARISSA sedang berbahagia di SYURGA...antara janji-janji ALLAH SWT dgn ARISSA sayang ibu...rupanya ARISSA hadir sementara dalam hidup ibu untuk menyedarkan ibu, ayah dan semua apakah erti hidup ini...takdir penentu segala-galanya...rupanya puteri ibu ini..antara AHLI-AHLI SYURGA...Alhamdulillah...syukur padaMu Ya Rabbi...Engkau telah memilih salah seorang dari ahli keluargaku yang paling muda untuk menghuni SYURGAMU...

ARISSA sayang...setiap kali ibu bersolat dan berdoa...Roh ARISSA sentiasa berada bersama-sama ibu..walaupun tidak kelihatan dari pandangan mata kasar ibu..tetapi ibu dapat merasakan kehadiran ARISSA...ibu dapat menghidu wanginya haruman ARISSA...seolah-olah terlihat ARISSA sedang senyum sambil memandang ke arah ibu....jangan la ARISSA bimbang sayang..setiap saat ibu akan tetap ingat pada ARISSA...janganlah bersedih sayang ibu..jika ARISSA melihat ibu menangis...ibu bukan ingin membuatkan ARISSA bersedih..tetapi ibu cuma teramat rindukan ARISSA...ingin rasanya ibu mendakap ARISSA selama-lamanya membelai helaian rambut ARISSA..mengusap lembut wajah comel ARISSA..tidak ingin lagi ibu lepaskan andai masih ada peluang...

Ya Allah...izinkan la aku bermimpi bertemu dgn puteri kesayanganku ini setiap hari..agar terubat rasa rinduku kepadanya....hidupku seolah-olah kurang serinya tanpamu sayang....terima kasih ARISSA...kerana doakan kekuatan untuk ibu dari jauh....ibu senang melihat ARISSA sedang tersenyum berlari dan ketawa mesra bersama kawan-kawan ARISSA disana...janganlah ARISSA lupakan ibu sayang....

Nantikan kehadiran ibu ke sisimu SAYANG...tunggu ibu disana SAYANG...ibu akan datang menemui ARISSA kesayangan ibu dengan izin ALLAH SWT...insyaAllah sayang....


Sayang Arissa...3 hari sebelum Arissa pergi..ibu telah dapat merasakan tanda-tanda itu...ibu juga telah meredhainya...semoga Arissa tenang dan bersemadi dengan aman di sana....

TUNGGU IBU SAYANG IBU....PUTERI KESAYANGAN IBU..NUR ARISSA QAIREENA BINTI ARISHAM....

Luahan ibu yang teramat RINDU padamu....SAYANG...ARISSA SAYANG.....;'(

AL-FATIHAH....

This is Our Life, Our Journey & Our Love....


Tik Tok....