Thursday, June 5, 2014

 KETAM MELAYU vs KETAM CINA



Saya ingin berkongsi satu cerita kepada anda semua. Mungkin kita boleh ambil iktibar dari cerita ni. 

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar. :rolleyes:

Berilah pandangan anda..nanti saya beri pandangan saya  Tq...

Thursday, May 29, 2014

Rindu ini tak pernah surut Sayang....


Assalammualaikum sayang ibu.....ibu rindu Arissa taw.....maaf yer sayang...lama x updated entri terbaru...hampir 2 bln tinggal...sibuk sgt ibu ni kan....tp selama itu ibu tak pernah lupakan Arissa taw....hurmm....semakin hari..semakin bertambah syg & rindu ibu pada Arissa.....

Iyer sayang ibu.....14 Mei yang lalu....genap sudah 3 tahun Arissa berada dalam dakapan Allah SWT.....yer....3 tahun..perasaan ibu ni...seperti baru semalam Arissa ketawa mengekek bermain dengan kakak Hanie....kakak Hanie rindukan Arissa taw....

Sayang ibu....sampai bila-bila ibu takkan lupakan Arissa....semoga dirimu sentiasa berbahagia disisi Dia yang Maha Pengasih....lagi Maha Penyayang.....maaf yer sayang...gambar-gambar lama jer yang ibu ada....itu saja yang menjadi pengubat hati bila ibu rindukan dirimu sayang....

Al-Fatihah sayang....ibu rindu dan sayangkan Arissa selalu.....;)




Sayang ibu.....selamanya dirimu dihati ibu.....takkan ibu lupakan sampai bila-bila....

Friday, March 21, 2014

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga....inilah kehidupan...


Alhamdulillah di atas semua dugaan dari Mu Ya Allah SWT...sesungguhnya aku mengharapkan pengampunan dari Mu....berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi setiap ujian dariMu dengan tabah dan sabar....inshaaAllah...Amin....

Friday, February 28, 2014

End of February 2014...Miss U My Little Arissa...;)

Arissa 2 month...

Assalammualaikum sayang ibu Arissa....rindu sangat pada dirimu sayang....hurrmmm....hari ni dah 28 Februari 2014...dah akhir bulan Februari bagi tahun 2014....cepat sangat masa berlalu....tanpa di sedari...agak lewat juga update entry terbaru...macam-macam hal la kan..dugaan untuk ibu ni Arissa...tapi inshaaAllah...takde masalah yang takde jalan penyelesaiannya kan....Allah SWT sentiasa ada bersama bagi orang-orang yang sabar....amin...

14 Februari yang lalu...genap sudah 2 tahun 9 bulan Arissa pergi tinggalkan kami...ibu selalu rindukan dirimu sayang...tak pernah sikit pun luput dari ingatan ibu ni....wah...rindu nak tatap wajah Arissa yang comel tu depan-depan ibu ni...tapi x mengapa..akan ibu nantikan saat itu....inshaaAllah....

Dan...17 Februari yang lalu juga..genap 3 tahun 5 bulan usia comel ibu ni...besar dah sayang ibu...jangan nakal-nakal kat sana taw....tapi ibu tak risau..sebab Allah SWT pejaga yang terbaik untuk Arissa....semoga dirimu bahagia selalu disana..yer sayang.....

Al-fatihah buat sayang ibu....juga buat semua ahli keluarga, sahabat-sahabat dan muslimin-muslimat dialam sana....semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh kalian...dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh....inshaaAllah...amin....

Jumpa lagi di next entry...daaa...

Love U & Miss U ...always my little Arissa sayang....;)

Wednesday, January 29, 2014

Bergembiralah sahabatku..Di sebalik setiap musibah, pasti ada hikmahnya..


Hidup ini ibarat roda. Adakalanya kita gembira, dan adakalanya kita bersedih. Bila kesedihan melanda, hati mula terasa pedih, semangat mula terpadam sedikit demi sedikit. Tiada lagi keghairahan untuk melakukan kerja. Tiada lagi kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Tiada lagi senyuman yang terpancar di wajah. Semuanya tampak suram. Tiba-tiba dunia menjadi gelap. Sangat-sangat gelap untuk kita.

Jangan bersedih, sahabatku..

Setiap musibah itu datangnya daripada Allah swt. Hakikatnya, Allah swt tidak mendatangkan musibah itu kerana Dia zalim kepada kita. Akan tetapi, Allah swt berikan kita sesuatu musibah kerana Dia CINTAkan kita. Dikatakan bahawa, Allah swt kasih kepada seorang manusia, 70 kali ganda melebihi daripada kasihnya seorang ibu kepada anaknya. Seandainya benar Allah swt kasih dan sayang kepada kita, sudah tentu di sebalik setiap musibah, ada tersimpan satu hikmah. Tiada siapa yang mengetahuinya, melainkan Allah swt. Namun apa yang pasti, setiap hikmah itu sangat berkait rapat dengan dasar CINTA Nya terhadap kita.

Hikmah #1:  Allah swt sangat rindu pada kita. Dan Dia mahu kita lebih dekat denganNya.

Adakalanya kita ter”lemas” dengan urusan dunia. Kesibukan menyebabkan kita lalai daripada mengingatiNya. Solat kita penuh dengan dunia. Zikir kita penuh dengan dunia. Sedekah kita juga kerana dunia. Sehingga tiada saat, terdetik di dalam hati kita untuk mengingatiNya. Kalau ada pun, hanya sedikit sahaja..Sehingga boleh dibilang dengan jari jemari sahaja.

Kerana Allah swt sangat SAYANG pada kita, kerana Allah swt sangat CINTA kepada kita, maka Dia tidak sanggup melihat kita terus lemas di dalam dunia. Lantas, dengan kasih sayangNya, Dia terus menarik kita. Bukan untuk merosakkan kita, tetapi untuk menyelamatkan kita.

Salah satu caranya ialah, dengan memberikan kita musibah. Apabila ditimpa musibah, kebiasaannya, manusia akan mula mengingati Allah swt. Manusia akan cuba mencari peluang agar selalu dekat denganNya. Manusia akan mula menambahkan doanya. Manusia akan mula menambahkan amalnya. Solatnya tidak lagi leka..Zikirnya tidak lagi leka..Khusyu’ dan khudu’ mula menemani dalam setiap ibadahnya.
Nah!..Inilah yang Allah swt mahukan. Dia sangat rindu mendengar suara hambaNya. Kerana Dia sangat suka mendengar zikir hambaNya, Dia sangat suka mendengar bacaan Al Quran daripada hambaNya. Dia juga sangat suka apabila hambanya menadahkan tangan di dalam tahajudnya, meminta-minta, merintih, merayu, dan menangis di hadapanNya.

Hikmah #2: Allah swt ingin menghapuskan dosa-dosa kita.

Allah swt itu jauh sekali daripada sifat zalim. Allah swt tidak pernah akan menzalimi hamba-hamba yang dicintaiNya. Sedangkan, manusia lah yang menzalimi dirinya sendiri. Manusia menzalimi dirinya sendiri dengan mengingkari perintah-perintah Allah swt. Allah swt perintahkan solat, bukan kerana mahu membebankan manusia. Sedangkan Allah swt memerintahkan solat kerana CINTANya pada manusia. Allah swt perintahkan agar kita menutup aurat, juga kerana Dia cintakan kita. Allah swt perintahkan kita menjaga batas pergaulan lelaki dan wanita, juga kerana cintaNya pada kita.

Setiap syariat Allah swt itu adalah kerana cintaNya Dia pada kita. Apabila setiap syariat diikuti, ia akan membuahkan hasil dan manfaatnya untuk manusia. Apabila seorang wanita menjaga auratnya, maka dia tidak akan menjadi punca yang menaikkan nafsu berahi lelaki, dan dia juga akan terselamat daripada zina . Apabila seorang lelaki menundukkan pandangannya pada wanita dan wanita juga membuat perkara yang sama, maka tidak akan ada suami atau isteri yang curangkepada pasangannya.

Apabila manusia mula meninggalkan syariat, maka dia akan menzalimi dirinya sendiri dan orang lain. Adakalanya, kita tidak perasan akan perkara-perkara ini. Maka, Allah swt berikan kita sedikit musibah, agar kita kembali muhasabah diri dan membuat koreksi atas setiap kesilapan kita. Perbanyakkanlah taubat dan istighfar, agar Allah swt menjadikan musibah ini sebagai kaffarah kepada dosa-dosa kita. Harapan kita semoga, bila dosa-dosa ini sudah terampun sebelum kita mati, maka di akhirat nanti ia tidak akan disebut lagi di mahkamah ahkamul haakimin.

Hikmah #3: Allah swt ingin menambahkan pahala kita

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda:

Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw ketika meriwayatkan satu hadis Qudsi telah bersabda; “Wahai anak Adam! Jika engkau terus bersabar (bilamana hilangnya sesuatu daripada dirimu) dan engkau harapkan pahala, maka Aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah daripada syurga.”(HR Ibnu Majah)

Kasihnya Allah swt kepada kita. Jika kita dapat bersabar dengan musibah yang diberikan olehnya, maka Allah swt akan mengganjari kita dengan SYURGA! MasyaAllah!!!

Pelajarilah sabar daripada kisah Nabi Ayyub a.s. Allah swt telah matikan anak-anaknya..tetapi baginda masih bersabar. Allah swt telah hancurkan harta bendanya..namun baginda masih bersabar. Allah swt telah uji dengan penyakit..tetapi baginda masih boleh bersabar. Allah swt uji dengan kejian dan cemuhan masyarakat, tetapi baginda masih bersabar. Dan akhir sekali, isteri yang dicintainya juga turut pergi meninggalkannya..tetapi baginda masih lagi bersabar.

Namun, kerana kesabaran baginda, selepas daripada semua musibah itu, Allah swt telah mengurniakannya harta yang melimpah ruah. Allah swt telah memberikan anak-anak yang ramai dan isteri yang solehah. Nabi Ayub a.s telah membuktikan CINTAnya kepada Allah swt. Dalam keadaan susah mahupun senang, baginda tetap setia dengan CINTAnya kepada Allah swt.


Jika hendak dibandingkan musibah yang Allah swt berikan kepada kita dengan musibah yang Allah berikan kepada Nabi Ayub a.s, apalah sangat musibah yang sedang kita alami. Seharusnya, musibah ini akan membuatkan kita lebih sedar akan CINTAnya Allah swt kepada kita dan kita sebagai hambaNya, lebih-lebih lagi wajib mencintaiNya.

Hikmah #4: Allah swt ingin meningkatkan iman kita kepadaNya

Iman itu adalah yakin. Yakin dengan sepenuh hati bahawa hanyalah Allah swt Tuhan yang layak disembah. Yakin dengan sepenuh hati bahawa hanya Allah swt tempat meminta pertolongan. Sebagaimana yang sering kita baca di dalam solat kita;
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah Al Fatihah: 5)

Seandainya kita benar-benar yakin dengan janji-janji pertolongan Allah swt, apabila ditimpa sebarang musibah, maka kita akan meningkatkan usaha untuk beramal dengan amalan-amalan yang ada janji-janji Allah.

Seperti dengan solat, Allah swt janjikan pertolongan (Al Baqarah:45). Orang yang bersolat tidak akan menjadi orang yang berdukacita (Al Baqarah:277). Dengan menjaga solat, Allah swt janjikan kemurahan rezeki (Taha:132). Dengan khusyu dalam solat, Allah janjikan kejayaan.(Al Mukminun:1-2)

Apabila ditimpa musibah, dekatkanlah diri dengan Allah swt sebanyak mungkin. Banyakkan istighfar. Usahakan agar solat dikerjakan dengan penuh khusyu’ dan khudu’. Banyakkan berzikir kerana dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang. Berzikirlah dengan penuh tawajuh dan sungguh-sungguh, nescaya Allah swt akan memberikan kekuatan kepada hati. Dan yang terakhir sekali, banyakkanlah berdoa. Terutamanya, pada waktu-waktu doa paling mustajab seperti di bahagian akhir malam. InsyaAllah, sedikit demi sedikit, Allah swt akan tunjukkan jalan keluar dan selesaikan masalah tersebut.

Apabila seorang mukmin mengaku bahawa dia beriman kepada Allah swt, maka pasti dan pasti imannya akan diuji. Dan apabila seorang mukmin BERJAYA melepasi ujian tersebut, maka Allah swt akan naikkan darjatnya. Imannya akan meningkat. Yakinnya pada janji-janji Allah swt akan meningkat. Justeru, amalnya juga akan turut meningkat. Dan Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang akan menzahirkan kenikmatannnya yang mencurah-curah. Allah swt akan berikan kepadanya nikmat ketenangan dan kebahagian yang lebih indah daripada kehidupan sebelum musibah tadi.

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Al Insyirah: 5-6)

MasyaAllah! Indahnya CINTA Allah swt…Kita makhluk yang sangat lemah, sangat tidak mengerti apakah hikmah di sebalik setiap musibah. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahuinya. Hakikatnya, Allah swt sentiasa menentukan apa yang TERBAIK buat kita kerana Dia sangat-sangat CINTA pada kita…

petikan dari web...http://anakkusoleh.com/?p=600


Ala...Terlewat pulak nak ucapkan...Selamat Datang Tahun 2014....

Ini mata budak comel...hee..;)

Assalammualaikum....hurmm...dah masuk tahun 2014...tahun baru dalam kalendar omputih ni x sama dgn kalendar Hijrah...kita umat Islam dah sambut tahun baru lagi awal dari tahun 2014 tu kan....well...tahun ni...bermakna makin bertambahla usia kita dan semakin kita menghampiri ke Alam lain...inshaaAllah..moga dipermudahkan segala urusan kita didunia dan diakhirat sana...aminn....

Dan..tak lupa saya....untuk si comel kesayangan saya dalam gambar tu....dah GENAP 2 TAHUN 8 BULAN ke hadrat Allah SWT pada 14 JANUARI....dan saat ini usianya pada 17 JANUARI yang lalu GENAP 3 TAHUN 4 BULAN....rindunya kat Arissa sayang ibu ni...sehingga saat ini...sampai selamanya...ibu masih lagi ke pusaramu sayang....selagi hayat masih ada....Al-Fatihah untuk dirimu.....ibu rindu taw....semoga dirimu berbahagia selalu disampingNya yang Maha Penyayang....;)

Dugaan diakhir tahun 2013 dan awal 2014 terlalu banyak..tak terhitung....Ya Allah...alhamdulillah...kerana Dia masih sayang..maka diberinya Ujian..supaya akan lebih tabah..inshaaAllah...tiada masalah yang tak dapat diselesaikan....cuma masa sahaja yang menentukan.....amin....


Apa lagi yer....hurmmm....terima kasih yer pada semua yang sudi singgah di blog saya...sesekali...klik la iklan-iklan kat tepi tu....terima kasih taw....terima kasih sangat2...tanpa korang yang membaca ni..siapala saya ni kan....ha'ah..saya taw..saya jarang update blog..sebab kat opis...baru dapat buat sekejap..tu pun tak lama la dapat buka...kat rumah internet slow amat....lagi slow dari kura-kura & siput taw....

Owh ye...baru-baru ni kami berpindah rumah...well...penat sangat..itula antara dugaan kami...subhanallah....ada hikmah juga sebenarnya kami berpindah kali ini...syukur sangat...Alhamdulillah...ok la semua...jumpa lagi next entry....Assalammualaikummm....;)

Tuesday, December 17, 2013

Buat Insan yang bernama SAHABAT.....


Tiada ungkapan PERPISAHAN dalam PERSAHABATAN
walaupun maut menjadi noktahnya...

kerana seorang SAHABAT itu terlalu ISTIMEWA
dalam doa saudaranya yang lain biarpun
tanpa bayangnya...



Salam Rindu buat Dirimu....

Hai Sayangggg....;)

Assalammualaikum sayang ibu.....lama sangat ibu x update entri baru...maaf sangat...sibuk sangat ibu ni kan.....14 November 2013 baru-baru ni...Genap sudah 2 tahun 6 bulan Arissa pergi....dan 14 Disember 2013 menjengah....genap juga 2 tahun 7 bulan Arissa semakin jauh dari kami.....rindu sangat kat Arissa taw.....

Dan juga 17 November 2013 Genaplah usia sayang ibu 3 tahun 2 bulan....dan hari ini...17 Disember 2013...Genap sudah usia Puteri ibu....Kakak Hanie 8 tahun 6 bulan..dan Arissa comel ibu....3 tahun 3 bulan....hurmm..masa ni...ibu dapat bayangkan yang Arissa mesti sedang sibuk kacau barang2 sekolah kakak kan....hehehe...tersenyum & tergelak sorang2 bila ibu teringat kembali saat Arissa meniarap dekat dgn kakak yang sedang sibuk buat kerja sekolah sambil meniarap...dan jari-jemari halus Arissa menepuk-menepuk perlahan belakang kakak...bagi sokongan...hehehe....comelll sangat masa tu...saat itu la yang ibu selalu rindu....dan ingati selalu....kita jumpa disana yer sayang....;)

Arissa sayang....selamanya Arissa didalam hati dan fikiran ibu....takkan pernah terluput....rindu yang sentiasa membara...tidak akan pernah terpadam...walau disirami dingin salju....ia akan terus menyala sehingga saat kita dipertemukan oleh Ya Rabb....inshaa Allah....Amin....

Al-fatihah buat kesayangan ibu....selamanya....ibu doakan dirimu selalu bahagia selamanya di sana bersama teman-teman....tunggu ibu yer sayang....nanti ibu datang.....Love U & Miss U Forever...;)

Wednesday, October 16, 2013

Arissa tahu x....???

Hai si comeyyy...;)

Assalammualaikum sayang ibu.....kelmarin 14 Oktober 2013...genap sudah 2 tahun 5 bulan Arissa pergi tinggalkan ibu....dan esok 17 Oktober 2013 genap usia Arissa 3 tahun 1 bulan...besar dah yer si comel ibu ni..pantas masa berlalu...semalam hari raya Aidiladha sayang....

Arissa tahu x....ibu rindu sangat-sangat kat Arissa...setiap kali ibu tidur kalo boleh...ibu nak lihat Arissa selepas terjaga dari tidur..tapi setiap kali ibu terjaga dari tidur...ibu hanya dapat lihat bantal busuk Arissa dan dapat hidu bau Arissa pada bantal tu...sedikit sebanyak dapat juga mengubat rindu ibu pada Arissa seketika...kemana sahaja ibu pergi...ibu akan bawa bantal Arissa tu..kecuali bila ibu pergi kerja...mana boleh bawa kan sayang...huhu..malu ahhh nanti ibu...hehe...tapi ibu x pernah tinggalkan Arissa taw...

Arissa sentiasa ibu bawa dalam hati ibu ini..kemana sahaja ibu pergi...tak der orang yang nampak..takder orang yang tahu..hehe..dah taip kat sini..semua orang dah tahu la kan..sayang....rindunya nak lihat senyuman darimu sayang....dengar hilai tawamu....

Arissa sayang..ibu akan sentiasa merindui Arissa sampai selamanya taw....dalam doa ibu x pernah ibu lupakan Arissa....semoga Arissa bahagia dan gembira disna disamping Dia yang agung....Love U sayang & Miss U so muchhh...mmmuaaahhh.....Al-Fatihah untuk sayang ibu ni...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu sayang.....;)

Monday, September 30, 2013

Sehingga saat ini...Sampai selamanya....

 Hai sayang..comel ibu...;)

Assalammualaikum sayang ibu...Arissa....ceria jer wajah Arissa pada pandangan mata ibu sekarang ni....walaupun ia hanyalah sekeping gambar...ibu sentiasa merindui dirimu selalu sayang....September kembali menjengah....dan hari ni akan berakhir...maafkan ibu yer sayang...sangat2 lewat update entry kali ini....ibu sangat sibuk dengan program kat opis....alhamdulillah..segalanya berjalan lancar....tapi ingatan ibu pada Arissa tidak pernah terpadam....

14 September 2013....genap sudah 2 tahun 4 bulan Arissa pergi tinggalkan kami...perjalananmu terlalu jauh dari kami...tetapi dirimu sentiasa dekat dihati kami....dan 17 September 2013...baru-baru ini...genap 3 tahun usia Arissa sayang ibu ni....Arissa....ibu rindu taw....sesekali ibu rindu ibu mimpi bertemu Arissa...rasa terubat sedikit kerinduan ibu terhadap dirimu sayang....

Sehingga saat ini...sampai selamanya dirimu sentiasa diingatan dan dihati ibu...rindukan segala-galanya tentang dirimu....tidurlah sayang....rehatlah disana....berbahagialah disana bersama sahabat-sahabat Arissa yer...insyaAllah kita akan bertemu disana dengan izinNya...dialam abadi.....

Al-Fatihah sayang ibu....damailah disana yer sayang....semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohmu selalu...insyaAllah...Amin....;)

Friday, August 2, 2013

Arissa...ibu rindu kamu...mmuuuaahhhh....;)

Kad raya gambar bersama Arissa...ni raya tahun lepas punya baju....

Assalammualaikum Arissa sayang..juga buat pembaca setia blog saya....Saya nak ucapkan Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin.....well maaf yer pembaca yang setia...juga...ibu minta maaf yer sayang....lama tak update entry baru....busy amat dan line internet yang tak mengizinkan dirumah adalah penyebabnya entry baru susah untuk diupdate...cehcehceh...alasan...tapi betul wehh...aku tak tipu taw....huhu...

14 Julai 2013 Genap sudah 2 tahun 2 bulan Arissa pergi tinggalkan kami.....Rindu sangat pada Arissa sayang ibu ni.....setiap minggu ibu ziarah Arissa yer...jangan risau sayang..ibu selalu ingat pada Arissa..insyaAllah...Amin...dan 17 Julai 2013 genap usia Arissa sayang ibu ni 2 tahun 10 bulan....Love U sayang....

Ramadhan yang akan berlalu pergi.....dan Syawal bakal menjelma lagi...membuatkan hati ibu rasa sanagat sayu sayang...teringatkan dirimu....ibu dapat beraya dengan Arissa lepas Arissa lahir...sebab Arissa lahir 10 Syawal 1431 H...dapat raya sama dengan Arissa raya ke 10...tapi tahun berikutnya kita tak dapat lagi raya bersama....insyaAllah sayang..nanti kita beraya di sana yer....;)

Al-fatihah sayang ibu.....ibu selalu berdoa agar Arissa sentiasa tenang dan berbahagia disana....jangan risaukan ibu.....insyaAllah...jika ada rezeki ibu untuk beri Arissa dan kakak Hanie seorang adik....insyaAllah adalah nanti....ibu akan tetap berusaha dan sabar menanti....Amin.....Love U sayang....;)

Saturday, June 29, 2013

17 Jun 2013.....Genap usia Arissa 2 tahun 9 bulan...

Arissa & Qaleesya

Assalammualaikum sayang ibu...usia Arissa dah masuk 2 tahun 9 bulan...wah..besar dah comel ibu ni....hehe...tu haa..gambar Arissa & Qaleesya...seiras jer kan....comel dua-dua....mata bulat..tembam...debab...hee....

Arissa...x lama lagi dah nak masuk bulan puasa....& raya pula akan menjelma...tahun ini....dah masuk tahun ke-tiga..kami berpuasa& beraya tanpa dirimu sayang....tapi Arissa akan bahagia berpuasa & beraya disisi Allah....;)

Baru-baru ni..ibu pergi rumah Mama Nia....jumpa dengan adik Nia..Amal...yang semakin nakal...hehehe..tapi comel sangat....seronok jumpa diaorg..insyaAllah...kami akan bertemu lagi nanti...

Nanti Arissa bagitahu Nia yer...Mama Nia, Ayah Nia & adik Nia..semuanya sihat2 belaka....Arissa sayang....ibu sayang Arissa & Kakak Hanie taw...x sabar nak jumpa Arissa...insyaAllah...

Al-fatihah sayang ibu..esok ibu datang lawat rumah Arissa yer sayang....Love U & Miss U sangat2....;)

14 Jun 2013...genap sudah 2 tahun 1 bulan Arissa pergi..miss U a lot sayang...;)

Assalammualaikum sayang ibu...rindunya ibu kat arissa....setiap saat taw...maaf yer sayang...terlalu lambat untuk bulan ini ibu update blog ni...ibu busy sangat kat office...tapi sesibuk mana pun ibu..tak pernah ibu lupakan arissa walaupun sesaat...taw....

Sayang ibu...rindu sangat nak menatap wajah comel sayang ibu ni depan mata ibu....tapi x mengapa sayang..insyaAllah....samapi masanya kita pasti akan bertemu...semuanya dengan izin Allah SWT....insyaAllah...Amin....

Sayang ibu...sepanjang bulan Jun ni...macam-macamkejadian yang berlaku dalam hidup ibu....tapi ibu redha dengan ketentuan Nya..insyaAllah...mungkin ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku....mudah-mudahan Allah akan permudahkan segala-galanya bagi kami..insyaAllah amin....

Al-fatihah sayang ibu...doa ibu sentiasa mengiringi dirimu disana..berbahagialah sayang ibu disana...yer sayang...pintu syurga itu sentiasa terbuka menantikan dirimu sayang....sayang sangat2 kat Arissa....love u....;)

Wednesday, June 5, 2013

Rindu bertandang lagi...;(


Di saat rindu itu bertamu...Ya Allah...begitulah rasanya...sakitnya rindu ini...hanya Engkau yang lebih mengetahuinya...rasa rindu ini adalah anugerah dariMu...sesungguhnya Engkau lebih mengetahui...rindu ini sangat menyakitkan...

Ya Allah...aku rindu segalanya tentang 'dia'....rindukan Arissa...juga rindukan 'dia'...walaupun aku hanya kenali 'dia' selama 4 tahun ini...tapi aku sangat hargainya...banyak juga kenangan...bersama dgn 'dia' walaupun aku tidaklah serapat mana dengan 'dia'...tapi 'dia' tetap seorang sahabat kepadaku...malah aku menganggapnya seperti seorang ibu di pejabatku...

Terima kasih Allah...kerana temukan aku dengan insan sepertinya...walaupun Engkau hanya pinjamkan 'dia' kepadaku hanya seketika...aku tetap rasa bersyukur....alhamdulillah...jika aku ini...yang mengenali 'dia' sesingkat itu...apatah lagi keluarganya...dan juga sahabat-sahabat yang lain...yang di saat ini...sedang merinduinya...

Apa yang aku cari sekarang ini adalah kenangan yang ada tentang 'dia' ...aku baca memo-memo yg 'dia' pernah hantar...kad raya elektronik dan juga ucapannya....teh hijau Sabah dalam almari pantri...gambar2 'dia'...juga setiap patah kata yang masih tergiang-giang lagi di telinga ini...

Ya Allah...semua kekuasaanMu...tiada bandingan.....semuanya sudah 
 tertulis...apa yang mampu aku lakukan...hanyalah berdoa agar rohnya tenang & bahagia disana...insyaAllah...Al-fatihah...amin..


Miss U...Arissa sayang & Miss U too..Kak Yan...(yang selama ini saya panggil Pn. Azian)...Love both of U...

Tuesday, May 21, 2013

14 Mei 2013...genap sudah 2 tahun pemergian dirimu ke rahmat Allah.....Miss U dear...;)

Hanie & Arissa yang comey...

Assalammualaikum sayang....hari ni dah genap 2 tahun Arissa pergi....rindu sangat kat Arissa...dah jauh Arissa pergi tinggalkan kami....ibu setiap saat rindukan Arissa taw.....

Arissa mesti gembira dan bahagia disana bersama kawan-kawan Arissa disana....insyaAllah ibu akan cari Arissa disana nanti bila tiba saatnya....melepaskan rindu yang sekian lama terpendam dilubuk hati....

Banyak juga yang nak bu coretkan disana...tapi masa yang tidak mengizinkan...insyaAllah nanti akan ibu update di lain entry yer sayang.....

Al-fatihah sayang ibu...semoga dirimu sentiasa gembira disamping Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang.....penjaga yang lebih baik dari ibu taw....Love U sayang forever....;)

Friday, April 19, 2013

17 April 2013....genap sudah 2 tahun 7 bulan usia Arissa...Miss U sweatheart....;)


Assalammualaikum Arissa....sayang ibu ni yer.....rindu padamu selalu.....hari ni genap usia Arissa 2 tahun 7 bulan....wah..besar dah comel ibu ni yer...makin nakal kan..hehe....tengok gambar kita bertiga...gambar yang penuh kasih sayang....pandai Arissa bergambar kan...;)

Banyak kenangan kita bersama...sampai bila-bila pun ibu takkan lupa.....hurrmmm....ibu tahu ibu kehilangan Arissa didunia..tapi itu tak bermakna ibu kehilangan Arissa selama-lamanya....kita pasti akan bertemu disana....kita nantikan saat itu bersama-sama yer sayang....

Al-Fatihah buat sayang ibu....Arissa...semoga sentiasa bahagia dan tenang disana disisi Allah SWT..penjaga terbaik buat dirimu yer sayang...Miss U & Love U Forever....;)

Monday, April 15, 2013

14 April 2013....genap sudah 1 tahun 11 bulan Arissa pergi....miss u dear...

Arissa yang ku rindui selalu....

Assalammualaikum sayang...hari ni genap sudah 1 tahun 11 bulan Arissa berada disisi Allah Swt...rindu Arissa saat ini...hanya Allah yang lebih mengetahui....

Arissa sayang...saban waktu ibu sentiasa menantikan berita gembira dari Allah....insyaAllah...doa ibu ini x pernah putus...Arissa doakan ibu juga yer sayang...doa dari jauh untuk ibu yer sayang...

Ibu redha di atas segala ketentuanNya...insyaAllah...segala ujian yang di beri...yang termampu untuk ibu hadapinya...alhamdulillah....syukur...

Al-fatihah buat sayang ibu...Arissa...semoga dirimu sentiasa bergembira dan berbahagia disampingNya...insyaAllah....Amin...

Thursday, March 21, 2013

17 Mac 2013...Genap sudah 2 tahun 6 bulan usia Arissa sayang....

Ceh...gambar Arissa dengan Cik Kam lagi..hee...

Assalamualaikum sayang ibu.....17 Mac 2013..genaplah usia Arissa 2 tahun 6 bulan....wah...besar dah comel ibu ni....dah pandai merajuk...berlari..macam-macam la kan....rindu padamu sayang tak pernah padam....hurmmm....sedetikpun tak pernah ibu lupakan Arissa....sayang Arissa ni....sampai ke syurga..insyaAllah...

Arissa...nanti jumpa ibu dalam mimpi yer...lama dah ibu tak mimpi jumpa Arissa...rindu amat...nak peluk-peluk Arissa dalam mimpi tu...lama dah tak membelai dirimu sayang...ibu rindukan semua tu....huhu....tunggu ibu yer sayang....

Al-Fatihah sayang ibu....semoga dirimu sentiasa tenang dan aman disana....bersama dengan doa-doa ibu mengiringi perjalananmu menuju alam abadi disana....ibu masih setia menanti saat-saat untuk bersama mu sayang....Love U sayang...;)

14 Mac 2013...Genap sudah 1 tahun 10 bulan Arissa pergi....rindu sangat....

Arissa dengan Cik Kam...gambar masa wat makan-makan kat umah Kak Yati..hee....
rindu kenangan masa ni....

Assalammualaikum sayang....comelnya sayang ibu ni.....sekarang ni lagi comel kan..bercahaya jer wajahmu sayang disamping Sang Pencipta.....berseri-seri....ibu rindu sangat taw....rindu nak jumpa dgn Tiesya ibu ni...
hari ni 14 Mac 2013...dah genap 1 tahun 10 bulan Arissa pergi tinggalkan kami....ibu sangat-sangat hargai Arissa taw..sejak dalam kandungan lagi...ibu jaga Arissa baik-baik...

Sayang ibu ni....ibu rindu sangat..setiap saat..setiap patah kata ibu tetap akan taip..ibu rindu...biar lantakla orang bosan nak baca pun....ibu tetap akan menaipnya berulang-ulang kali....luahan ibu ni untuk tenangkan hati ibu sendiri taw...lega sikit hati ibu bila dah luah semuanya disini...

Tapikan sayang...bukan semuanya ibu luahkan...tipula luah semua kat sini...kalau mampu ibu luahkan kat sini pun hanya dengan air mata jer....tak mampu nak luahkan dengan perkataan taw ibu rindu Arissa...hanya Allah yang lebih mengetahuinya.....

Ibu redha jer sayang selama ibu hidup ni....terpulanglah pada mereka yang sentiasa pandai menilai manusia ni...biarkan saja..ibu selesa begini....tapi ibu bukanlah seperti yang mereka fikirkan....tiada niat pun...tapi bila dah berdepan dengan manusia yang suka menilai ni....ibu biarkan jer sayang..lantaklah....yang penting..hidup dan mati ibu kerana Allah SWT....

Sayang ibu...ibu rindu taw....ayah...Kakak Hanie...rindu sangat kat Arissa tu...nanti kita jumpa yer sayang...insyaAllah....Al-Fatihah sayang ibu.....semoga dirimu berbahagia disana selamanya....tunggu ibu nanti yer....Love U..Miss U....Forever....sampai ke syurga....insyaAllah...Amin..;)

Monday, February 25, 2013

17 Februari 2013.....genap sudah 2 tahun 5 bulan usia Arissa sayang ibu ni...


Asalamualaikum sayang ibu Arissa...Tiesya tengah buat apa tu sayang....?seronok yer dengar banyak cerita dari penjaga dirimu disana..kan sayang....jangan lari-lari taw...nanti jatuh...jangan nakal-nakal k...sayang...

Ibu, ayah & kakak Hanie rindu sangat kat Arissa...rindu nak dengar celoteh dari bibirmu yang comel tu sayang...baru pandai nak belajar bercakap...."aabah..bah..bah......"....masih tergiang-giang lagi suaramu sayang dalam ingatan kami....rindu yang akan terus kami bawa hingga ke syurga..insyaAllah sayang....

Al-Fatihah untuk sayang ibu ni...ibu takdapat nak berceloteh lama-lama kat sini...sebak didada sangat-sangat terasa....yang bisa menumpahkan air dari birai mata ibu ni...ibu dah tak mahu lagi menangisi pemergian dirimu sayang...ibu seharusnya bersyukur..kerana Arissa sedang berbahagia dialam sana...semoga dirimu akan terus begembira sambil menantikan kehadiran kami ke sisimu yer sayang...insyaAllah...Amin...love U sayang...;) 

This is Our Life, Our Journey & Our Love....


Tik Tok....