Wednesday, June 29, 2011

Terima Kasih.....

Terima kasih padaMu Ya Allah..kerana memberiku kekuatan & semangat untuk terus tabah mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dugaan ini....Terima kasih juga kerana telah memberikanku suami yang penyayang dan sentiasa bersabar dengan kerenah aku...kerana memberikanku 2 orang Puteri yang comel & manja..walaupun seorang lagi telah Kau ambil terlebih dahulu sebelum aku....aku redha dengan takdirMu Ya Rabbi....


Terima kasih Suamiku & Hanie...kerana sentiasa bersama-samaku dalam mengharungi ranjau onak dan duri tak kira masa dan sentiasa memberi semangat dan sokongan dalam kegembiraan ataupun kesedihan, kita bersama.....kalian berdua adalah permata yang tidak ternilai dalam hidupku....marilah kita sama-sama beribadah menuju keredhaan Allah SWT yang satu..agar kita dapat bersama-sama buah hati kita Nur Arissa Qaireena di Syurga nanti..insyaAllah..Amin...


Terima kasih buat keluargaku...Mak, Abah, Along & Sue, Shida & Suhaizan, Fatin & Arif...kerana banyak memberikan semangat dan sokongan selalu disaat aku sedang bergembira mahupun berduka..kalian sentiasa ada bersama berkongsi kesedihan & kegembiraan bersama-sama dengan ku...tanpa kalian hilang arah tujuan ku...tidak terbalas jasa kalian semua terhadapku...

Terima kasih sahabat-sahabatku yang selalu disampingku tak kira waktu...dalam suka & duka..kalian sentiasa bersama denganku...berkongsi segala masalah yang ada..dan mengurangkan kesedihan dihati aku..terutama selepas pemergian Puteri Kesayanganku...tidak tahu bagaimana cara untuk membalas akan perhatian kalian kepada aku...kebahagiaan aku disini kerana suntikan semangat dan sokongan dari kamu semua juga....tidak terhingga rasanya..dan berbangganya aku punyai sahabat-sahabat seperti kalian....dengan harapan agar kita bertemu di Negeri Abadi nanti..insyaAllah..sama-samalah kita belajar meningkatkan ibadah kita untuk bekalan kita ke sana...Amin...


Seandainya aku ada kekurangan dari pandangan kalian..tegurlah aku...kerana aku sedar diri aku terlalu banyak kelemahan....Seandainya aku banyak melakukan kesilapan dan kesalahan pada kalian...mahupun dari segi gurauan..Maafkanlah aku...kerana terkadang aku tidak sedar yang aku sudah berlebih-lebihan dalam gurauanku....


Terima kasih buat semua yang banyak membantuku mengurangkan sedikit bebanan di hati dan memberikan aku sokongan..agar aku akan terus tabah menghadapi hari-hariku yang akan lebih mencabar.....Alhamdulillah..semoga perasaan ini akan terus kekal begini selama-lamanya..Amin...

No comments:

Post a Comment

This is Our Life, Our Journey & Our Love....


Tik Tok....