Wednesday, June 22, 2011

Di Alam Abadi...genap 40 hari.....

Hari ini genap 40 hari Puteri kesayangan kami NUR ARISSA QAIREENA pergi menemui rahmat Allah SWT....semakin hari semakin jauh Arissa pergi meninggalkan kami....apakan daya kami...tidak tertanding kuasaMu Ya Allah....kami hanya mampu berdoa semoga Arissa bahagia di Alam Sana...tanpa kami disisi menemaninya...Kami juga bakal menyusul kemudian..cuma masanya tidak diketahui dan itu adalah antara rahsia-rahsia Allah SWT & janji-janji kami dgn Maha Pencipta....hanya Dia yang lebih mengetahuiNya...

Selama Arissa pergi...aku kesunyian tanpanya...rindu mahu mendengar tangisannya...rindu mahu bermain-main dengannya...rindu mahu membancuh susunya...rindu mahu memandikannya..rindu mahu menukarkan lampinnya...rindu mahu mendakapnya erat-erat....dan ingatan takkan pernah luput sampai bila-bila tatkala kami bersamanya...insyaAllah...kenangan antara kami hanya Allah SWT yang Maha MengetahuiNya...setiap kali membancuh air...Arissa akan memandang kami apabila terdengar bunyi sudu berlaga dgn gelas...apabila memasak aku pasti akan teringat padanya...kerana setiap kali memasak aku akan menjenguknya dari dapur...setiap kali mahu mandi aku teringat padanya...sebab aku sentiasa menjenguknya 2 minit sekali dari pintu tandas...setiap kali solat..aku teringat padanya..sebab aku selalu meletakkan dia berhampiran dgn aku semasa aku nak bersolat....

Paling aku teringat setiap pagi tatkala aku mahu tidur..kerana aku akan kemaskan tempat tidurnya...menyiapkan susunya...dan semasa aku nak tidur aku akan alaskan kakiku dibawah kakinya agar Arissa selesa dan aku akan memeluknya yang kesejukan setiap malam....dan tatkala pagi hari aku akan kelam kabut menyiapkan brg2nya utk di hantar ke rumah ibuku...dalam kereta dia disebelahku didalam Car Seatnya...Ya Allah...masih segar ingatan aku padanya...tetapi sekarang...hidup aku mulai berubah tanpa kehadirannya....aku rindukan saat-saat bersama dengannya....

Arissa..rasa rindu ini tak dapat diungkapkan....hanya Allah SWT lebih memahami dan lebih mengetahui segalanya tentang isi hati ibu....setiap hari ibu berdoa agar Allah SWT menyampaikan Salam Rindu Ibu & Kasih Sayang Ibu pada Arissa....ibu harapkan agar doa-doa itu sampai padamu Sayang..insyaAllah..Allah SWT itu Maha Penyayang...Al-Fatihah buat Puteriku sayang...nantikan kedatangan ibu kesisi mu sayang...InsyaAllah Amin....

No comments:

Post a Comment

This is Our Life, Our Journey & Our Love....


Tik Tok....