
Alangkah gembiranya aku...apabila Arissa menyentuh wajahku....wajah yang mungkin dirinduinya....aku sangat bahagia...walaupun dalam mimpi itu aku menangis...tapi itu satu tangisan kegembiraan sambil aku berkata " Ibu rindu sangat kat Arissa....," dan kemudian tangannya menyentuh wajahku...Ya Allah...terima kasih...kerana memberi aku peluang bertemu dengannya dalam mimpiku walau cuma seminit....Ya Allah...aku bersyukur sangat terhadapMu...
Dalam mimpiku aku melihat Arissa didalam sebuah rumah yang sangat selesa....tapi aku hanya nampak Arissa sahaja..kerana aku memang mencari dia disitu....dan Arissa sendiri yang datang menghampiri aku...Ya Allah...terima kasih kerana Arissa selesa disisiMu....aku berdoa lagi kepadaMu agar aku akan dapat bermimpi lagi untuk bertemu dengannya...agar aku dapat melepaskan lagi rindu yang tidak terhingga kepadanya...
Terima kasih Ya Allah...terima kasih.....aku sangat bahagia dapat bertemu dengan Arissa walau dalam mimpiku..semoga rasa bahagia ini akan kekal selamanya....rindu pada dirimu Arissa Sayang.....;D
No comments:
Post a Comment