Sunday, November 29, 2015

SINOPSIS FULL TUAN ANAS MIKAEL




Cik Ayu Maisara, seorang graduan akaun dari UiTM menerima tawaran Tuan Anas Mikael menjadi tukang cuci selepas diugut oleh Tuan Anas. Kisah mereka bermula bila Ayu menggantikan tempat Cik Su, ibunya untuk melakukan tugasan mengemas di rumah Tuan Anas. Cik Su telah memberitahu detail tentang tugasan yang perlu disempurnakan yang menyebabkan Ayu menyangka Tuan Anas ni cerewet orangnya. Bila Ayu menggantikan tugas mak dia, Ayu tersalah mop tangga sehinggalah menyebabkan Tuan Anas tergelincir jatuh.
Lepas terima tawaran Tuan Anas, kerja-kerja Ayu bukan setakat mengemas rumah je, Tuan Anas meminta belajar memasak kesukaannya, memandu kereta dan dibawa ke pejabat dengan alasan mahu menjadi seorang yang sempurna di mata Tuan Anas. Bila di tanya kenapa, Tuan Anas kata dia mempersiapkan Ayu untuk menjadi project manager di sebuah hotel Tuan Anas di Krabi.
Dalam masa yang singkat, Ayu berjaya menuruti kehendak Tuan Anas. Belajar segala-galanya tentang dapur dan pejabat. Yang penting pada Ayu, kena ada keyakinan. Tuan Anas kata, kalau Ayu jaga dia elok-elok... dia pun akan jaga Ayu elok-elok. Itulah password mereka .
Bila projek di Krabi berjalan, Ayu dihantar sebagai projek manager di sana. Tugasan sebagai Projek manager tu sepatutnya disandang oleh Safra Ariana. Safra tidak berpuas hati dengan tindakan Tuan Anas. Sikap Safra yang tak menunjukkan dia berminat untuk bekerja dan memilih Ayu sebagai Projek manager. Tuan Anas sebenarnya akan dijodohkan dengan Safra, cucu Tun Akhiruddin yang juga bisnes partner Tuan Anas .
Di Krabi, Tuan Anas akhirnya meluahkan rasa cinta pada Ayu. Ayu umpama tarik tali. Cik Su pernah berpesan agar jangan jatuh cinta pada Tuan Anas agar peristiwa lama tidak berulang ( percintaan mak dan ayahnya dulu ) . Tapi Ayu hanya setuju untuk berlakon menjadi girlfriend Tuan Anas depan mak Tuan Anas sebab Tuan Anas nak mengelak daripada berkahwin dengan Safra. Bila tiba masa untuk memperkenalkan Ayu sebagai girlfriend, lain pula yang jadi bila Tuan Anas memperkenalkan Raisya Putri ( Peguam Syarikat ) sebagai girlfriendnya.
Ayu Maisarah Ayman, anak kepada Maisurah dan Ayman Akhiruddin. Perkahwinan Ayman dengan Maisurah ditentang sehinggalah dia kahwin lari dengan Maisurah dan tinggalkan keluarga dan harta yang menimbun. Siapa sangka, pertemuan dia dengan Tuan Anas membongkar misteri keluarga ayahnya sendiri. Ayman merupakan anak kepada Tun Amina dan Tun Akhiruddin. Safra pula cucu angkat kepada Tun Akhiruddin dan Tun Amina. Safra ni, anak kepada Dato Azhar, anak angkat Tun Akhiruddin dan juga merupakan adik beradik angkat kepada Ayman, ayah Ayu.
Ayah Ayu dah meninggal dibunuh perompak. Itu kata surat khabar. Tetapi hakikatnya, Dato Azhar yang bunuh kerana rasa cemburu yang melampau. Pada Dato Azhar , Dia hanya akan dijadikan pilihan kedua bila Ayman tidak mahu. Dato Azhar juga dipaksa berkahwin dengan ibu Safra bila Ayman menolak keras pilihan keluarganya sedangkan waktu itu Dato Azhar sudah mempunyai pilihan lain. Tak angin tak ada ribut Tuan Anas bersetuju untuk berkahwin dengan Safra. Ayu yang cuba menggagalkan perkahwinan Tuan Anas dengan Safra dan merancang sesuatu tetapi dihalang oleh Tuan Anas. Tuan Anas juga tahu jika Ayu mengaku yang Ayu adalah cucu tunggal Tun Amina dan Tun Akhiruddin nyawa Ayu dalam bahaya. Ini kerana Dato Azhar akan melenyapkan semua waris Ayman .
Kedegilan Ayu menonjolkan diri di depan Tun Amina sebenarnya merosakkan plan Tuan Anas. Dato Azhar terkejut bila Ayu Maisarah berani menonjolkan diri. Dato Azhar terus memaksa agar Ayu menyerahkan Yayasan Ayman pada Dato Azhar. Ayu akan menyerahkan Yayasan pada Dato Azhar tetapi bersyarat. Batalkan perkahwinan Tuan Anas dan Safra. Dato Azhar berpura-pura setuju dalam masa yang sama Ayu dicolek dan akan dibunuh bersama Cik Su dan Tun Amina.
Dengan Bantuan Tuan Anas Ayu , Cik Su dan Tun Amina selamat tetapi Dato Azhar ditembak mati. Sejak Ayu menonjolkan diri sebagai cucu Tun Amina . Tanpa sedar Tuan Anas selalu mengikut gerak geri Ayu kerana risaukan akan keselamatannya. Selepas kematian Dato Azhar hidup Ayu dan Cik su berubah. Mereka tidak lagi menyewa rumah malah mereka tinggal dirumah Agam milik Tun Amina dan Tun Akhiruddin. Safra dihukum penjara kerana cubaan membunuh Tuan Anas. Tuan Anas menghilangkan diri tanpa berita. Hinggalah suatu hari Tun Amina merancang sesuatu mereka diketemukan kembali. Sebenarnya mummy Tuan Anas tak kisah siapa bakal menantunya yang penting kebahagiaan Tuan Anas. Mummy Tuan Anas memilih Safra sebagai menantu kerana ingin membalas budi Tun Akhiruddin pada keluarganya. Ayu gembira bila Tuan Anas Mikael kembali padanya setelah lama menghilang.
#Creadit to https://www.facebook.com/likeperekacerita/?fref=photo

No comments:

Post a Comment

This is Our Life, Our Journey & Our Love....